Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lagu Negaraku Diselitkan Dalam...

PENGELUAR telefon bimbit Samsung menerbitkan satu video baharu bagi meraikan Sukan Olimpik edisi...

MH17: Waris Berhimpun Bagi...

PUTRAJAYA – Satu upacara peringatan bagi menandakan ulang tahun ketiga tragedi penerbangan MH17...

Yang di-Pertuan Agong Dimasyhurkan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini dimasyhurkan sebagai...

Cadangan Wajibkan AIS Pada...

KUALA SELANGOR - Kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot...

Disekat Saudi, Qatar Terbang 4,000 Lembu Australia, AS

DOHA – Seorang ahli perniagaan tempatan mahu menerbangkan lebih 4,000 ekor lembu tenusu ke negaranya untuk bekalan susu setelah Qatar disekat beberapa negara jirannya diketuai Arab Saudi.

Hasrat itu diutarakan ketika pemerintah Doha membuka laluan kecemasan menerusi jalan udara dan laut melalui Iran, Turki dan beberapa fasiliti pelabuhan di Oman yang tidak terlibat dalam kempen sekatan diplomatik Riyadh.

Pelan untuk mengangkut ribuan ekor ternakan tersebut disampaikan Moutaz Al Khayyat dari firma Power International Holding dalam wawancara dengan agensi berita antarabangsa Bloomberg dan dipetik stesen BBC.

Lembu berkenaan dibeli dari Australia dan Amerika Syarikat sebelum dibawa dengan sejumlah 60 penerbangan khas Qatar Airways. Beliau malahan dengan bangga berkata: “Inilah waktunya bekerja demi tanah air Qatar!”

Sekatan perdagangan diterajui Arab Saudi pada Isnin minggu lalu dilakukan dengan alasan konon Qatar sering mennyokong kumpulan pengganas Islam serantau namun tuduhan tersebut telah dibantah keras pemerintah Doha.

Ia menyaksikan pemutusan hubungan diplomatik tujuh buah negara termasuk antaranya Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain pada 5 Jun lalu sebelum diikuti lagi dengan beberapa buah negara Islam di sekitarnya.

Situasi pelik itu memaksa kerajaan Qatar membuka laluan perdagangan baharu untuk import bekalan makanan, bahan pembinaan bangunan dan peralatan untuk industri gas tempatan yang banyak dibawa masuk dari luar.

Produk tenusu dari Turki sudah pun berjaya masuk ke Qatar, selain bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran dari Iran. Sejak sekatan dilaksanakan, muncul pelbagai kempen untuk membeli barangan buatan dalam negeri.


“Ini merupakan ikhtiar bahawa kami dapat bertahan, malahan kami tidak memerlukan pihak lain terutama yang bermusuhan,” kata Umm Issa, seorang warga kota Doha yang ditemui ketika berbelanja di sebuah pasar raya.

“Pihak pemerintah sudah memastikan tidak ada bekalan makanan terputus dan rakyat Qatar termasuk penduduk asing amat berterima kasih. Kami tidak takut, tiada yang mati kerana kelaparan,” tambah wanita berkenaan lagi.

Pada 11 Jun, Iran menghantar lima buah pesawat kargo khas yang mengangkut stok makanan ke Qatar. Di luar isu makanan, menteri luar Qatar terbang ke Rusia, Britain dan Jerman dalam usaha mengatasi krisis diplomatik.

Doha juga mendesak agar larangan untuk melintasi ruang udara negara-negara jiran, yang dikenakan terhadap Qatar Airways sebagai haram dari sudut undang-undang antarabangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori