Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Luah...

Kesian Che Ta, dalam tengah sarat mengandung terpaksa pula mendengar gosip-gosip yang tidak...

Standard Chartered Lulus Cuti...

KUALA LUMPUR - Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart), hari ini mengumumkan pelaksanaan cuti...

Isu Tiket, TMJ ‘Sound’...

BERIKUT ialah kenyataan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan...

Tiada Cuti Tambahan Aidiladha

KUALA LUMPUR - Tiada cuti tambahan diberi kepada sekolah sempena sambutan Aidiladha pada...

Disayangi Rakyat, Muhyiddin Dibanjiri Ucapan Hari Lahir

KUALA LUMPUR – Disayangi rakyat. Itulah perkataan yang boleh digambarkan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-73 tahun hari ini.

Beliau disenangi rakyat disebabkan sifat kebapaan yang begitu terserlah dalam ucapan-ucapannya sebelum ini sehingga beliau diberikan jolokan ‘Abah’ oleh netizen.

Muhyiddin yang dilahirkan pada 15 Mei 1947, mendapat ucapan selamat hari lahir seawal tengah malam tadi yang mula memenuhi media sosial.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pengguna Facebook, Amer Othman berkata: “Selamat hari lahir abah TSMY. Kuatkan semangat tabah terus terajui Malaysia. Abahlah harapan rakyat Malaysia. Tolonglah kuatkan semangat. Abahlah harapan rakyat. Rakyat sayang abah. Rakyat doakan semoga abah panjang umur murah dan rezeki. Sihat selalu. #Rayatsygtsmy.”

Divyaa Shree mengucapkan, “Selamat Hari Jadi PM! Today I woke to a news that you have gifted Sugu Pavitra a tripod, sangat sangat menyentuh hati. PM yang berjiwa rakyat. Terima kasih. May God bless you with good health.”

Sugu merupakan rakyat Malaysia yang tular di media sosial baru-baru ini disebabkan video memasaknya dengan beliau sendiri petah berbahasa Melayu mendapat perhatian orang ramai.


Christine Foo mengucapkan, Blessed Birthday TSMY aka Abah. Semoga panjang umur dan diberi kekuatan untuk menerajui kerajaan dan Malaysia,” katanya.

Buvanraj Rajasingam berkata: “Selamat Hari Lahir TSMY, semoga tuan dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Teruskan perjuangan Tuan demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.”

Malah, sempena sambut Hari Belia Negara, Muhyiddin juga sempat memuat naik ucapan sambutan tahunan itu di akaun Instagram rasminya hari ini, namun rata-rata pengikutnya membalas komen dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Pemilik akaun Instagram @iekafendy berkata: Happy Birthday tok abah, semoga tok abah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan dalam mentadbir negara.”

Kategori