Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Abang Is’ Didenda RM16K...

SEPANG - Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Abang Is dalam kalangan pekerja...

Insya-Allah Zahid Bakal Jadi...

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hampir pasti menganggotai kabinet pimpinan Perdana Menteri Anwar...

Inspektor ‘Lalok’ Dipenjara 15...

INSPEKTOR polis dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan, hari ini atas...

Najib Berdebat Dengan Kit...

MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan...

Dirogol Majikan Pakistan Selepas Mabuk

BELURAN – Seorang pekerja kedai runcit di Paitan, dekat sini dipercayai dirogol majikannya selepas diberikan minuman keras.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada Isnin lalu susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa.

Menurutnya, kejadian terbongkar apabila mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai-Sungai dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan berlaku pendarahan yang serius.

“Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan diberikan minuman keras oleh majikan sehingga menyebabkan mangsa menjadi khayal lalu dirogol oleh majikan yang juga dalam keadaan khayal pada ketika itu.

“Mangsa dirogol di dalam stor kedai runcit pada waktu bekerja sebelum mangsa dibayar gaji pada hari sama.


“Selepas kejadian, mangsa mengalami pendarahan yang serius sehingga menyebabkan mangsa pengsan akibat luka pada bahagian alat sulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kasim berkata, mangsa memberitahu dia tidak sedar dirogol dan hanya berasa sakit di bahagian belakang dan kemaluan apabila tersedar daripada mabuk.

“Polis sudah merakamkan percakapan mangsa dan turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Lelaki Pakistan berkenaan kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 KPJ bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH Online

Kategori