Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tabung Wakaf Johor Fokus...

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan melancarkan Tabung Wakaf Rakyat...

Diskaun Tol 10% Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun kadar...

Gara-Gara Hina Mahkamah, AG...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bukan sahaja berdepan dengan kes...

Lebih 100 Sukarelawan Bantu...

MAKKAH - Tabung Haji melantik 120 sukarelawan untuk menjadi Sahabat Tabung Haji bagi...

Dirogol Bergilir-Gilir, Dipukul Sebelum Dibuang Ke Hutan

KAJANG – Akibat terlalu percayakan teman lelaki, seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara beramai-ramai, dirompak dan dipukul sebelum dibuang ke dalam hutan.

Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, mangsa dikatakan berjaya dirogol oleh tiga lelaki terbabit di sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dekat sini.

Lapor Harian Metro, mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada awalnya bersetuju untuk melepak bersama dua suspek yang menjemputnya di rumah dengan menaiki kereta.

Mangsa yang berusia 16 tahun itu kemudian diajak berborak di sebuah kedai berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah rumah dan sebaik saja tiba di rumah itu, terdapat seorang lagi lelaki berada di dalam rumah berkenaan.

“Ketika mereka sedang berborak, salah seorang lelaki memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan merogolnya. Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara sama,” kata sumber polis.

Mangsa yang tidak mampu melawan hanya membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian.

Selesai ‘dijamah’, mangsa kemudian meminta untuk dihantar pulang namun suspek tidak mengendahkan permintaan mangsa.

“Mangsa sebaliknya dibawa menaiki kereta ke dalam kawasan hutan sebelum salah seorang daripada suspek memukul mangsa di bahagian muka.


“Suspek meminta mangsa menyerahkan barangan peribadi miliknya, namun wanita itu enggan menuruti arahan suspek lalu menyebabkan dia ditendang keluar daripada kendaraan.

“Barangan peribadinya termasuk telefon pintar, jam tangan, wang tunai serta kad pengenalan dirampas,” katanya.

Mangsa yang ditinggalkan bersendirian, pulang semula ke rumah dengan bantuan anggota RELA yang menemuinya di kawasan berhampiran, sebelum membuat laporan polis di Balai Poilis Dengkil, Sepang, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan polis kini sedang giat menjejaki kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

* Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori