Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Belia Sarawak Punya Aspirasi...

KOTA SAMARAHAN - Belia Sarawak mempunyai aspirasi yang sangat tinggi untuk pembangunan negeri...

Mat Sabu Dikecam Gelar...

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu teruk dikecam netizen gara-gara gelar Mahathir...

TLDM Dijangka Terima LMS...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadual menerima kapal pertama misi...

Kotak Coklat Forrest Gump...

LONDON : Kotak coklat terkenal Tom Hanks dalam filem Forrest Gump 1994 dilelong...

Diperli Rakan Artis & Orang Ramai, Afifah Tak Kisah

TIDAK terkesan dengan kecaman dan ejekan selebriti dan masyarakat, aktres baharu Afifah Nasir tidak kisah apabila dirinya diperli berkaitan dengan isu karaoke dan suami orang.

Umum tahu Afifah terpalit dalam kontroversi yang mendakwa dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga aktor Aliff Aziz dan Bella Astillah, namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya.

“Saya tahu ada rakan selebriti dan isteri mereka memuat naik gambar berunsurkan peringatan seperti jangan kacau suami orang serta berkaitan dengan karaoke.

“Saya mengambil pendirian untuk tidak melayan perkara tersebut. Saya sendiri tak kisah dengan perkara tersebut. Mereka tidak tahu, jadi biarkan sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup.

“Saya nak marah pun tak guna. Bagi saya, sebelum menilai sesuatu cerita, dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah boleh menilai,” kata Afifah kepada Astro Gempak.

Tidak mempunyai masalah berlakon dengan mana-mana suami orang, Afifah meletakkan benteng profesionalisme dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

“Sejujurnya, saya tak ada masalah langsung jika diminta untuk bergandingan dengan suami orang. Sebelum ini, saya pernah berlakon di samping aktor yang bergelar suami orang.


“Tiada masalah yang berlaku dan semuanya berlangsung secara baik. Saya ingin menegaskan yang saya tidak berminat dengan suami orang.

“Jika saya memang berkelakuan sebegitu, sudah semestinya saya akan terlibat dengan cinta suami orang semenjak pembabitan awal saya dalam dunia lakonan,” katanya lagi.

Isnin lalu, Afifah mengadakan sidang media untuk menjernihkan keadaan selepas dua minggu berdiam diri.

Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, aktres Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir yang turut terlibat dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori