Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Geledah Pejabat PKR...

ENAM anggota polis dilaporkan menyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana...

Mahu Umat Islam Budayakan...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat...

Najib Diikat Jamin RM3.5...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Pasukan Siasatan Ditubuh Siasat...

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi...

Dipenjara 15 Bulan, Aib Kehormatan Budak Perempuan

AMPANG – Bekas pengasas pusat kebajikan berusia 56 tahun dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan kanak-kanak berusia 10 tahun 3 bulan.

Tertuduh mengaku bersalah mengaibkan kehormatan mangsa dengan cara membuka pintu bilik air ketika mangsa berada di dalamnya dan memiliki video lucah mangsa.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang juga dipanggil ‘ustaz’ itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara 15 bulan bagi tuduhan mengaibkan kehormatan kanak-kanak itu manakala bagi tuduhan memiliki bahan berunsur lucah, tertuduh dihukum penjara 13 bulan.

Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak, pada 16 Januari lalu.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri itu tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan maksud ingin mengganggu kesantunan kanak-kanak perempuan itu di bilik air sebuah rumah di Taman Seri Keramat pada Disember 2015.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki sebuah filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di dalam komputer riba di alamat yang sama pada jam 7 petang, 10 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan anak guamnya perlu menyara dua isteri.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak pula memohon hukuman berat mengambil kira keseriusan kes ini yang membabitkan mangsa berusia 10 tahun malah kanak-kanak perempuan itu masih trauma serta malu dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“Tertuduh dengan sengaja mengambil peluang untuk melakukan kesalahan ini dan ia sekali gus mencemarkan nama baik pertubuhan kebajikan,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini atas pertuduhan merogol, mencabul dan memiliki bahan lucah iaitu gambar, filem dan zakar palsu lelaki.

Pada 29 Januari lalu, isteri tertuduh berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya untuk mencabul dua kanak-kanak perempuan di dua premis, tiga tahun lalu.

Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan sebuah pusat kebajikan di pinggir ibu kota ibarat ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak perempuan miskin dan anak yatim apabila mereka dijadikan alat pemuas nafsu pemilik pusat berkenaan yang dikenal pasti sebagai penjenayah pedofilia.

Lelaki itu juga dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan mandi selain mencabul dan merogol mereka.

Difahamkan, aktiviti `gila’ itu dilakukan pemilik terbabit yang berusia 50-an di pusat kebajikan ditubuhkannya di ibu kota sejak setahun lalu. – BH Online

Kategori