‘Di Matamu’ Bakal Diiktiraf Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sufian Suhaimi bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records menerusi lagu Di Matamu yang akan diumumkan secara rasmi pada Khamis ini.

Sufian, 27, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pengiktirafan berkongsi berita gembira berkenaan di laman Instagramnya.

Dalam perkongsiannya, Sufian menzahirkan ucapan penghargaan terhadap pencipta dan penulis lirik Di Matamu iaitu Sirkhan Danial dan Rinkarnaen kerana mengizinkan dirinya merakamkan lagu berkenaan.

“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat Sir Khan Dan Rinkarnaen berhempas pulas mencipta lagu sedih yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka,” katanya di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS . Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini. Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . 📷 : @encikdanny 🧥 : @firzhafizsabrand . #sufiansuhaimi #dimatamu #malaysiabookofrecords @ariesmusicpro @sirkhandanial @ibnu_rinkarnaen @malaysiabookofrecords

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Di Matamu dikatakan sebagai sebuah lagu kontroversi kerana dikaitkan dengan kisah putus tunang antara Sufian dan Elfira Loy.

Sejak dilancarkan di YouTube pada Mac tahun lalu klip video Di Matamu telah mencatatkan 58 juta jumlah tontonan sehingga kini.

Lagu itu juga melayakkan Sufian membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 pada Februari lalu. – K! ONLINE

Loading...