Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sarawak Tutup Pintu Sempadan...

Sarawak menutup pintu masuk sempadan sehingga 3 Disember depan berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negara ini.

Dakwa Kenyataan Disalah Tafsir,...

KETUA Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo sebelum ini ada mengeluarkan...

TMJ Kongsi Jumpa Buaya...

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tengah malam...

EPL: ‘Ketakutan’ Rangsang Man...

LONDON - Robin van Persie percaya senarai penyerang 'mahal' yang dimiliki Manchester United...

Dilencong Kerana Nama Wifi ‘Bom Dalam Pesawat’

ANKARA – Penerbangan sebuah pesawat komersial Turkish Airlines terpaksa dilencongkan selepas seorang penumpang dilaporkan menerima mesej yang berbunyi ‘bom dalam pesawat’.

Bagaimanapun, ia sebenarnya bukan satu mesej berbaur ancaman daripada mana-mana kumpulan pengganas tetapi merupakan nama wifi yang digunakan oleh salah seorang penumpang pesawat kebangsaan Turkis tersebut.

Media tempatan melaporkan, dalam kejadian pada Khamis lalu, pesawat itu yang sedang melakukan penerbangan dari Nairobi, Kenya ke Istanbul dekat sini terpaksa melakukan pendaratan cemas di Khartoum, Sudan.

Selepas pemeriksaan dilakukan pihak polis tempatan, tiada ancaman mahupun bom dikesan dan pesawat yang membawa seramai 107 penumpang tersebut kemudian dibenarkan meneruskan penerbangan seperti biasa.

Syarikat penerbangan itu turut mengesahkan bahawa ayat ‘bom dalam pesawat’ adalah secara kebetulan merupakan kata nama untuk akses wifi milik seorang penumpang ketika dia berada di dalam pesawat berkenaan.

“Pakar kami yang membuat siasatan mendapati wifi itu dibuat dan dinamakan selepas penumpang itu menaiki pesawat,” kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan Sudan, Abdelhafiz Abdelrahim dipetik agensi berita AFP.


“Namun, tiada ancaman bahaya dikesan dan penerbangan 606 tersebut dapat diteruskan semula beberapa jam selepas pemeriksaan itu,” lapor jurucakap syarikat penerbangan berkenaan kepada agensi berita Reuters.

“Kesemua penumpang selamat dibawa keluar daripada pesawat berkenaan. Penumpang warga Britain yang melaporkan tentang ancaman bom itu ditahan untuk soal siasat,” katanya tanpa mendedahkan nama suspek.

Turkish Airlines yang ditubuhkan sejak 1933 ketika ini memiliki sejumlah 329 buah pesawat pelbagai model dan terbang ke lebih 300 destinasi di seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori