Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

27,435 Kes Baharu Covid-19

Putrajaya : Kes baharu Covid-19 kembali menurun di bawah 30,000 iaitu 27,435 kes...

Lelaki Miliki Alat Sulit...

LELAKI yang memiliki alat sulit terpanjang di dunia dengan ukuran 18.9 inci, telah ditawarkan...

Jika Berlian Teman Sejati...

KUALA LUMPUR - Sering dikatakan bahawa tidak ada yang lebih romantis daripada menghadiahkan...

Gagasan Saran 3 Perkara...

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian...

Dilarang Makan Durian Semasa Memandu

BEIJING – Gara-gara makan durian terlalu banyak, seorang lelaki gagal dalam ujian pernafasan.

Menurut laman sesawang video, Pear Video, seorang lelaki di daerah Rudong, di timur Jiangsu telah tarik keluar oleh polis selepas disyaki memandu ketika mabuk.

Dia kemudian diminta membuat ujian pernafasan.

“Saya baharu sahaja makan durian,” kata lelaki itu selepas ujian pernafasannya gagal.

Lelaki berkenaan kemudian diminta membuat ujian darah dan terbukti tiada ada kandungan alkohol.

Bagi membuktikan dakwaan lelaki itu benar, Pear Video kemudian menunjukkan seorang anggota polis memakan durian dan turut gagal dalam ujian pernafasan.


Paras alkohol anggota polis itu adalah 36 miligram bagi setiap 100 mililiter berbanding had alkohol yang dibenarkan di China ialah 0.02 peratus – kira-kira 20 mg setiap 100ml.

Tiga minit selepas ujian itu, anggota polis itu melakukan semula ujian pernafasan dan ia menunjukkan negatif.

Berikutan itu, individu dilarang memakan durian semasa memandu. – Agensi

Kategori