Dijel Sebab Sapu Tahi Di Wajah Wanita Dipikatnya

JIJIK… Tidak puas hati pelawaannya ditolak, seorang pemandu trak angkat-susun di Singapura tergamak sapu najis dirinya pada muka wanita yang cuba dipikatnya itu, lapor media republik itu.

Atas perbuatannya itu, Mohamad Razli Abdul Razak dijatuhi hukuman penjara selama seminggu bermula semalam. Dia yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah atas satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah.

Mohamad Razli, 28, mula kenali mangsa, Norlinah Yunos pada Mei 2017. Mahkamah diberitahu, mangsa bertugas bungkus barang di syarikat tertuduh. Beliau juga bekerja sebagai pembersih sambilan di sebuah majlis bandaran.

Lelaki itu mula terpikat dengan Norlinah, 49, yang berusia sekitar 20 tahun lebih tua daripadanya. Sejak itu, dia mula cuba memikat mangsa enggan menerima cintanya tetapi Mohamad Razli tidak dapat terima hakikat itu.

Mereka mula bertengkar. Dalam satu insiden pada 1 Jun 2017, tertuduh memberitahu mangsa bahawa dia akan “tunjuk sifat sebenar dan sisi jahatnya” pada keesokan harinya, kata Timbalan Pendakwa Raya Quek Jing Feng.

Seolah-olah ‘mengotakan janjinya’, Mohamad Razli menyimpan najisnya dalam satu bungkusan plastik dan keesokan paginya, dia mencari Norlinah kerana tahu mangsa bertugas pada hari tersebut.

Pada sekitar 6.40 pagi, dia menemui Norlinah yang sedang membersihkan sebuah tong sampah di Blok 857, Jurong West Street 81. Dia menyambar mangsa dari belakang lalu meletakkan tangannya pada bahagian dada mangsa.

Mohamad Razli kemudian berjaya menggunakan tangannya untuk sapu beg berisi najis itu tepat pada mulut mangsa. Semasa cuba melarikan diri, muka dan badan Norlinah habis diselaputi tahinya yang berbau cukup busuk.

Mangsa akhirnya berjaya lepas diri dari pelukan lelaki itu yang turut melarikan diri. Atas kesalahan guna kekerasan, Razli boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda S$1,500 (RM4,545), atau kedua-duanya. – Mynewshub.TV

Loading...