Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Babi Hutan Mati Tersangkut...

NAMPAKNYA dalam cuaca panas begini bukan ular sahaja yang keluar tapi juga haiwan...

Hubungan Istimewa Antara AS...

PALO ALTO (California) - Presiden AS Barack Obama berkata hubungan istimewa antara Amerika...

Mengapa Pesakit Covid-19 Diletak...

BILA diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah...

Gomez ‘Cuti Sakit’ Enam...

LONDON - Liverpool mengesahkan pemain pertahanan, Joe Gomez patah kaki kiri ketika menewaskan...

Dijel 90 Bulan Curi RM5 Juta Langsai Hutang Judi Suami

SINGAPURA – Gara-gara suami ketagih judi, seorang wanita tempatan, Wong Huey Min, yang berusia 55 tahun terpaksa menanggung padah apabila dihukum penjara 90 bulan.

Ini kerana dia didapati memalsukan tandatangan bosnya bagi 159 cek sepanjang tempoh enam tahun, dan mendapat lebih S$1.6 juta (RM5 juta) – yang sebahagian besarnya digunakan untuk melunaskan hutang perjudian suaminya.

Atas kesalahan tersebut, dia dijatuhi hukuman penjara oleh pihak mahkamah sehingga tujuh tahun setengah bermula pada 12 September, menurut laporan stesen tempatan Channel NewsAsia di sini.

Wong Huey Min, bekas eksekutif akaun di Royal Garment Factory, mengaku bersalah pada bulan lalu terhadap 20 tuduhan pemalsuan bulan lalu, dengan lagi 139 tuduhan serupa turut dipertimbangkan mahkamah.

Pihak mahkamah tersebut diberitahu bahawa tiada bayaran balik dibuat setakat ini, tetapi peguam belanya berkata bahawa mereka akan cuba membuat rayuan terhadap hukumannya itu.


Pada sekitar 2009, Huey Min – yang bertanggungjawab ke atas buku-buku cek syarikat – merancang untuk memalsukan tandatangan majikannya, dengan niat menggunakannya untuk kegunaan peribadi dan suaminya.

Mahkamah juga diberitahu bahawa dia diberi kepercayaan untuk memegang buku cek Royal Realty, sebuah lagi syarikat yang dikenadlikan oleh pemilik yang sama iaitu Heng Yang How. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori