“Saya Dihukum Kerana Gesa SPRM Siasat Azmin” – Haziq

PETALING JAYA – Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki disebalik dakwaan video seks sejenis terhadap Menteri Mohamed Azmin Ali, menghormati keputusan PKR memecat keahliannya, 3 hari selepas dihukum kerana membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti.

Beliau menafikan kesalahan itu, mengatakan dia bukannya menuduh Azmin korup tanpa bukti.

“Saya dihukum hanya kerana saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi yang dilemparkan terhadap Azmin,” katanya di Facebook.

“Saya hanya menggesa supaya disiasat tuduhan-tuduhan tersebut kerana rakyat berhak mengetahui perkara yang benar.”

Beliau bagaimanapun menghormati keputusan PKR itu, dan prosedur-prosedur yang diambil oleh parti itu sebelum menjatuhkan hukum ke atasnya.

“Namun saya akan membuat rayuan berkenaan dengan pemecatan keanggotaan saya,” katanya.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada 3 Julai lepas mengumumkan pemecatan Haziq diterima sebulat suara selepas mempertimbangkan keputusan lembaga disiplin.

Pemecatan ini selepas tamat tempoh 14 hari Haziq diarah memberikan surat tunjuk sebab menjelaskan dakwaan-dakwaannya.

Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kasim berkata membuat tuduhan rasuah terhadap pemimpin parti tanpa bukti telah melanggar kod etika parti.

“Juga mengenai hal-hal lain sementara tunggu siasatan polis,” katanya. – FMT

Loading...