Diego Maradona Meninggal Dunia

BUENOS AIRES – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya. 

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina, meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta-merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.

Sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires. 

Maradona bersama skuad kebangsaan Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.

Beliau dilaporkan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala. 

Maradona dibenarkan pulang pada 12 November. – Agensi

FAKTA:

Nama: Diego Armando Maradona Franco

Tarikh Lahir: 30 Oktober 1960

Tempat Lahir: Buenos Aires, Argentina

Kerjaya Bola Sepak: 

Mewakili kelab – 

* Argentinos Juniors (1976-81)

* Boca Juniors (1981-82)

* Barcelona (1982-84)

* Napoli (1984-91)

* Sevilla (1992-93)

* Newell’s Old Boys (1993)

* Boca Juniors (1995-97)

Kaps Antarabangsa: 91 (1977-94) 

Jaringan Gol Antarabangsa: 34