Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pusat Penilaian COVID-19 Terbesar...

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjangkakan lebih 1,300 pesakit COVID-19...

Wajarkah Sokongan Asing Untuk...

*Kami paparkan artikel THE MALAYSIAN INSIDER di bawah yang kami rasakan, ada benarnya....

Toys ‘R’ Us Muflis...

BANKRAP... Gergasi jualan mainan kanak-kanak terbesar Amerika Syarikat (AS), Toys ‘R’ Us Inc....

Pakistan Boikot Bollywood Protes...

ISLAMABAD - Sebahagian besar pawagam Pakistan serentak memulaukan filem Bollywood susulan tindakan tentera...

“Diam Lebih Baik” – Elyana Luah Perasaan Di Instagram

SEJAK beberapa minggu lalu, nama penyanyi Elyana sering menjadi perhatian selepas berkongsikan berita yang mengejutkan banyak pihak.

Tidak kurang juga yang mendoakannya sehinggakan ramai menghadirkan diri dalam majlis solat hajat dan doa selamat yang dianjurkan oleh kelab peminatnya, Elo FC.

Baca: Kelab Peminat Adakan Solat Hajat Buat Elyana

Namun ada juga sesetengah pihak yang melontarkan kata-kata negatif selepas penyakit kanser limfoma tahap 4 yang dihidapinya itu menjadi tular.

Semalam, penyanyi itu seakan meluahkan isi hatinya di laman Instagram dengan memuat naik gambar sewaktu menjalani rawatan kimoterapi pada bulan Ramadan tahun ini.

Menurut posting yang dimuat naik itu, Elyana seakan berjauh hati dengan dakwaan dan hinaan yang dilontarkan kepada dirinya.

“Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati. Terima kasih juga yang mengambil kesempatan.

“Terima kasih kerana menuduh saya inginkan perhatian. Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar. Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong.

“Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering dimalukan di khalayak ramai. Terima kasih semua,” tulisnya di laman Instagram.

Tambah bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat ini, mereka yang melontarkan kata-kata itu tidak rasa ujian yang dilaluinya ketika ini.

Jelasnya lagi, dia juga seorang manusia biasa yang ingin menikmati kehidupan dan bergembira seperti manusia normal lain.

Walaupun Elyana seakan kesal dengan sikap sesetengah pihak kepadanya, dia reda dengan takdir yang telah ditetapkan buat dirinya.


Dalam pada itu, Elyana menyatakan semua makhluk akan mati. Jadi, seharusnya, kita menjaga amalan dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Saya harap kita jaga amalan kita sendiri. Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan dilakukan, lebih baik diam,” tulisnya lagi.

Sementara itu, laman Instagramnya turut dibanjiri dengan kata-kata semangat bukan sahaja daripada netizen, malah rakan-rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat penyanyi ini.

Syura dan Wany Hasrita antara yang memberi semangat kepada penyanyi ini.

Kata Syura, “Ignore semua benda negatif tu Na (nama panggilan Elyana). Stay storng and always be yourself. I love you.”

“Kakak strong,” tulis Wany Hasrita pula.

Diharapkan Elyana tabah menjalani ujian ini dan sentiasa positif dengan setiap yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori