Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Biarkan Diri Dikuasai...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Hudud: Kelantan Kena Hantar...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang...

UniMAP Sedia Tawar Tempat...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia menawarkan tempat dalam bidang kejuruteraan kepada...

17 Maut Dalam Tembakan...

PARKLAND - Sekurang-kurangnya 17 mangsa maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah...

Di Sebalik Permohonan Maaf Kula

APAKAH ia satu perbuatan gentleman?

Sama sekali tidak..ia hanya tindakan seorang ahli politik yang kantoi bulat-bulat.

Itu sahaja.

Mesti mahacai dan kaki jilat DAP akan cakap benda macam…dia dah mintak maaf dah la…

Oh tidak…

Bukan semudah itu.

Apa yang berlaku dalam episod Kula mengelar orang lain pendatang ini membuka satu isu yang selama ini berlaku tetapi ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar.

Kula berucap dalam satu majlis tertutup melibatkan penganut Hindu di Negeri Sembilan minggu lalu ketika membuat ucapan berbau perkauman itu.

Apa yang anda faham pada perenggan di atas?

Majlis tertutup…hindu…tiada wartawan.

Kula merasakan selamat dan yakin apa yang dicakapnya tidak akan jadi isu. Ia akan berakhir sesama hadirin yang ada.

Jadi topik apa yang diberikan perhatian…


Siapa datang dulu…siapa kemudian…ini tanah siapa (pastinya bukan tanah orang India)…bla bla bla..kaum aku hebat…bla bla bla….lebih kurang begitu la bunyinya.

Puak-puak seperti Kula dan DAP ini, kerap kali bila mereka merasa berada dalam khalayak yang selamat, maka mereka akan mula bercakap mengenai bangsa sendiri, agama sendiri dan benda-benda yang berbau perkauman.

Ingat pemimpin DAP berucap dalam bahasa Cina menyebut guna Melayu untuk skrew Melayu? Atau perjumpaan tertutup melafazkan janji menjadikan Malaysia negara Kristian?

Semua ini berlaku ketika mereka semua merasakan selamat untuk bercakap.

Di hadapan kamera, di khalayak umum, jangan mimpi nak dengar benda-benda camni.

Depan orang, mereka la kononnya bapa perpaduan.

Orang Melayu yang bercakap pasal hak akan dituduh rasis.

Tapi di belakang, bila mereka rasa selamat untuk bercakap, maka keluar la ayat-ayat kita sampai dulu, mereka la pendatang apa semua.

Warna sebenar…perangai sebenar…matlamat sebenar semuanya muncul bila berada dalam ruang lingkup tertutup yang buat mereka rasa selesa.

Itulah yang kita boleh rumuskan dalam episod seorang Menteri boleh kata Melayu pendatang. – MYNEWSHUB.TV

Kategori