Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unjuran KDNK 2022 Boleh...

JAKARTA - Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi...

Twitter Perkenal Fungsi “Highlights”...

TWITTER sebelum ini telah menawarkan fungsi yang membolehkan pengguna melihat sebarang tweet popular yang...

PM Teruskan Dasar Adenan...

KUCHING - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan dasar Allahyarham...

Kontrak 6,000 Kakitangan MAS...

SEPANG - Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya...

Dewan Rakyat Ucap Takziah Pemergian Hasbullah Osman

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan yang besar kepada negara.

“Dengan perasaan amat dukacita dan sedih, Ahli Parlimen Gerik telah kembali ke Rahmatullah semalam. Sesungguhnya pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar buat negara.

“Saya bagi pihak ahli dewan ini dan Parlimen keseluruhannya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham khususnya Datin Rosmawati Ariffin dan Datin Zaini Abu Bakar, isteri Allahyarham serta seluruh keluarga,” katanya.

Azhar Azizan berkata, Hasbullah adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan aktif dengan urusan Parlimen.


Katanya, Allahyarham juga adalah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sesungguhnya jasa Allahyarham amat besar kepada negara,” katanya sebelum meminta semua Ahli Parlimen berdiri dan bertafakur selama seminit. – BH Online

Kategori