Dewan Rakyat Tak Bersidang Selepas Titah Ucapan Agong

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dalam satu kenyataan, hari ini, membabitkan pindaan baharu terhadap aturan mesyuarat di Parlimen.

“Saya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai ketua majlis, bahawa disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya, pihak kerajaan memutuskan majlis mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 yang berlangsung selama sehari pada 18 Mei dipinda,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, ada tiga usul akan dibawa pada persidangan Isnin ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan Ketua Pembangkang, dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mohamad Arif berkata, pindaan yang dibuat adalah selaras dengan peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Justeru, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, akan menyusul dengan mengeluarkan notis baharu majlis persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua ahli dewan,” katanya. – BH Online

Loading...