Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

10 Maut Wabak Cirit-Birit...

MANILA - Sepuluh orang, termasuk bayi berusia 11 bulan, meninggal dunia selepas dijangkiti...

Lelaki Maut Ditimpa Pokok...

GUA MUSANG - Seorang penebang balak maut apabila dihempap pokok yang ditebangnya di...

Dua Hari Menderita ‘Kelakian’...

SEORANG lelaki berasal dari Guangxi, China terpaksa menghabiskan masa dua hari menderita akibat...

Kes Azmin Berkaitan PKNS...

KUALA LUMPUR - Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali...

Dewan Rakyat ‘Kosong’ Biasa Berlaku Di Luar Negara – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat isu Dewan Rakyat ‘kosong’ adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya menghadiri kongres di Amerika Syarikat, beliau mendapati ada ketikanya seorang wakil rakyat hanya bercakap di hadapan dua orang sahaja.

“Saya pergi sekali di Kongres Amerika, saya dapati orang itu bercakap seorang saja, cuma ada dua orang lagi dalam dewan.

“Tapi mereka tak bangkit soal korum. Soal korum bangkit kadang-kadang pasal alasan politik,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Begitupun, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau sudah memberi amaran kepada mana-mana Ahli Parlimen dari kerajaan yang culas hadir ke sesi Dewan Rakyat.

Menurutnya, perkara itu sudah dimuktamadkan di dalam Mesyuarat Kabinet yang menekankan betapa pentingnya kehadiran wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Parlimen.

“Kita dapati kadang-kadang menteri berada di luar negara kerana sekarang terlalu banyak mesyuarat antarabangsa yang mereka perlu hadiri.


“Bagi Ahli Parlimen biasa mereka juga kadang-kadang ada masalah lain. Kadang-kadang mereka tidak ada dalam dewan tapi ada dalam bangunan ini.

“Jadi mereka boleh dipanggil dengan menggoncang loceng. Kita bagi amaran kepada mereka supaya hadir,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Khamis lepas, Dewan Rakyat ‘kosong’ apabila Ahli Parlimen termasuk menteri dan timbalan menteri didapati ‘ponteng’ atau tidak hadir ke sesi persidangan Dewan Rakyat.

Untuk rekod sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen mesti berada di dalam dewan setiap kali berlangsung sesi perbahasan atau mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat. – Sinar Harian

Kategori