Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PANAS! Chef Wan Perli...

KONTROVERSI yang berlaku di antara chef terkemuka di Malaysia, Chef Wan dengan saudara-maranya...

Waktu Kerja Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha...

“Sampaikan Salam Pada Kit...

KUALA LUMPUR - PAS tidak mahu terlibat dengan agenda individu tertentu yang mabuk...

Adun GRS, PH, UMNO...

Kota Kinabalu : Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gabungan Rakyat Sabah (GRS),...

Dewan Rakyat Kecoh Isu BN Tidak Pakai Otak

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila wakil-wakil pembangkang terguris dan berang dengan kenyataan yang dikeluarkan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang menghina Barisan Nasional (BN) secara terang-terangan.

Shu Qi dalam ucapannya menyatakan BN tidak menggunakan otak untuk membuat pelan kerja sewaktu mentadbir negara.

“BN langsung tidak pakai otak dalam semua rangkaan,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Berikutan suasana yang semakin tidak terkawal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof meminta Shu Qi menarik balik kenyataannya.

Mohamad Arif berkata, tindakan menarik balik kenyataan itu bagi menjaga keharmonian sidang dewan.


“Yang Berhormat, mungkin kurang manislah tak pakai otak. Tarik balik, tarik balik untuk mengekalkan harmoni,” katanya.

Shu Qi kemudiannya akur dengan permintaan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori