Dewan Rakyat Bahas Usul Tergempar Pencemaran Toksik

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang pada pukul 4.30 petang ini.

Usul itu dibenarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof selepas dibentangkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan disokong Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

Ini berikutan usul berkenaan memenuhi tiga kriteria iaitu menyentuh kepentingan ramai, perlu disegerakan dan melibatkan perkara tertentu. – UTUSAN ONLINE

Loading...