Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Jangan Bawa Golongan...

KUALA LUMPUR - Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu kanak-kanak, warga...

108 Individu Dikepung Banteras...

SERI KEMBANGAN - Seramai 108 individu diperiksa pada operasi banteras mat rempit dijalankan...

Bas Media Ditembak Di...

RIO DE JANEIRO -  Sebuah bas media ditembak ketika dalam perjalanan di sekitar...

Honda Malaysia Lancar Pusat...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia membuka Pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang,...

Dewan Perwakilan AS Undi Had Kuasa Trump Ke Atas Iran

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengundi resolusi yang menghalang kuasa Presiden Donald Trump untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iran.

Speaker Dewan, Nancy Pelosi mengumumkan langkah itu sehari selepas Iran melancarkan serangan roket menyasarkan pangkalan tentera udara Ain al-Assad dan Erbil di Iraq sebagai membalas dendam ke atas pembunuhan komander kanan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani.

“Bagi memenuhi tuntutan dan kewajipan bagi memastikan rakyat Amerika selamat, Dewan akan bergerak ke hadapan dengan resolusi Kuasa Perang untuk mengehadkan tindakan ketenteraan presiden berhubung Iran,” kata Speaker, Nancy Pelosi.

Tambah Pelosi, resolusi itu diketuai ahli Kongres, Elissa Slotskin.

Menurut Pelosi, pentadbiran Trump telah mengundang risiko dan bahaya kepada anggota tentera, diplomat serta rakyat AS di luar negara selepas membangkitkan ketegangan yang serius dengan Iran.

Katanya lagi, beberapa anggota Kongres turut menzahirkan kebimbangan yang serius mengenai strategi Trump.

“Pentadbiran harus bekerjasama dengan Kongres bagi menghalang keganasan selanjutnya. Amerika dan dunia tidak mampu berperang,” kata Pelosi.


Terdahulu, Trump mendakwa Iran tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berperang selepas melepaskan peluru berpandu tanpa menyebabkan kematian ke atas tentera AS yang berpangkalan di Iraq.

Kenyataan itu meredakan situasi yang kelihatan tidak terkawal selepas Trump mengarahkan pembunuhan Soleimani pada Jumaat lalu.

Trump yang kini berdepan perbicaraan pemecatan di Kongres dan pemilihan semula presiden pada November depan mempertahankan strateginya untuk membunuh Soleimani.

Jutawan hartanah itu berkata, Soleimani adalah pengganas utama dunia dan sepatutnya sudah lama dibunuh. – Agensi

Kategori