Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

50 Rakyat Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Suspek Hina Tunku Mahkota...

PADAH menggunakan laman sosial secara tidak berhemah, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan...

Komposer Lagu Untukmu Ibu,...

KOMPOSER lagu terkenal oleh kumpuan Exist, Untukmu Ibu, Rahim Othman menghembuskan nafas terakhirnya...

Jumlah Pampasan HSR Belum...

KUALA LUMPUR - Jumlah pampasan bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala...

Detik Hitam Buat Negara

Dari Facebook Najib Razak

KP Kesihatan kata jumlah kematian 98 orang akibat Covid semalam adalah satu detik hitam buat negara.

Sebanyak 451 orang terkorban nyawa dalam tempoh 7 hari lalu berbanding 471 kematian bagi keseluruhan tahun 2020.

1,144 kematian setakat bulan Mei 2021 dan 2,095 kematian sejak Darurat bermula.

Tanpa mengambil kira faktor saiz penduduk, Malaysia di tempat ke-8 paling tinggi kes baharu Covid dalam dunia semalam.

Sikit lagi akan melepasi Amerika Syarikat.

Jika diambil kira saiz penduduk, kes baharu Covid Malaysia semalam adalah lebih 7 kali ganda lebih tinggi berbanding USA dan 2.2 kali ganda lebih tinggi berbanding India.

Sakit hati betul untuk tengok pada ketika negara-negara lain semakin pulih tapi Malaysia pula meroket naik untuk pecah rekod Covid tiap-tiap hari.

Tak pernah fikir Malaysia boleh jatuh seteruk ini walaupun kerajaan diberi kuasa penuh darurat dan kuasa berbelanja sesuka hati selama 5 bulan.

5 bulan bukan satu tempoh yang pendek.


Negara kita satu-satunya sahaja dalam dunia yang gantung demokrasi dan parlimen dengan alasan nak lawan Covid.

Satu persatu kesilapan demi keputusan kerajaan yang jelas salah berlaku di depan mata tapi kita tak boleh buat apa-apa.

Lain-lain negara tak pernah buat demikian tapi keadaan Covid mereka memulih pula.

Gagal segagal-gagalnya.

Nak tuduh Najib meroyan, menghasut, berlagak hero atau tanam kebencian pun tak tepat sebab ini adalah fakta, data dan sains yang tidak dapat dinafikan.

KP Kesihatan pun dah kata ianya detik hitam negara.

Akhirnya, 32 juta Rakyat Malaysia yang jadi mangsa.

Kategori