Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maki Pengawal Keselamatan Gara-gara...

KUALA LUMPUR – Gara-gara kad akses tidak dapat digunakan, pemandu BMW bertindak memaki...

Dr. Mahathir Diminta Jaga...

BAGAN DATUK - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta supaya menjaga...

JDT Adalah Kelab Professional,...

JDT Bukan Kelab Cap Ayam

Mat Sabu Berdepan Notis...

TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN),...

Detik Cemas Wanita Nekad Terjun Kandang Harimau

TERNYATA seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi barang kesayangannya.

Satu video viral di laman sosial Youtube pada Sabtu lalu apabila seorang wanita bertindak nekad memanjat pagar keselamatan di kandang harimau untuk mendapatkan semula topinya yang jatuh.

hrmau

Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang pengunjung zoo berkenaan. Wanita yang berbaju merah jambu itu berjaya mencapai topinya sebelum naik semula.

Wanita itu kemudiannya dimarahi oleh seorang lelaki kerana bertindak sedemikian dan memberikan contoh yang tidak baik kepada pengunjung zoo berkenaan terutama sekali kanak-kanak.

Menurut jurucakap zoo berkenaan, Jennifer Tracey kepada InsideEdition.com, tindakan wanita berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggung jawab.


“Tindakan melompat ke dalam kawasan larangan menunjukkan wanita berkenaan mengingkari tanda amaran yang telah diletakkan untuk tidak melintasi kawasan larangan,” jelas Jennifer.

Tambah Jennifer lagi, walaupun wanita itu tidak bertembung secara langsung dengan haiwan berkenaan disebabkan halangan berganda yang terdapat pada zoo itu.

“Namun ia boleh menyebabkan kecederaan pada dirinya kerana bertindak melompat ke dalam pagar tersebut.

Pihak zoo berkenaan akan menyiasat kejadian tersebut selepas video itu tersebarnya di laman Youtube dan meminta saksi kejadian untuk tampil ke hadapan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori