Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Chelsea Menang, John Terry...

KAPTEN Chelsea, John Terry mungkin bakal menggantung but selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana...

Kedah Galak Petani Luar...

ALOR SETAR - Petani yang berada di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda...

Koperal Polis Mati Akibat...

IPOH - Seorang anggota polis mati dipercayai akibat dibelasah di sebuah premis sarang...

Jangan Guna Bahan Kualiti...

LIPIS – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah mengingatkan semua pihak yang...

“Dengan Adanya Vaksin… Kita Tak Perlu Lagi Lockdown”

KUALA LUMPUR – Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.

Felow Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

“Ketika kerajaan melaksanakan PKP sebelum ini, kita lihat pada ketika itu ekonomi menguncup lebih 17 peratus, ekonomi domestik dan external kita terjejas kerana pada ketika itu tiadanya vaksin… apa dilaksanakan ketika itu hanyalah dengan mengamalkan penjarakan fizikal, hentikan segala bentuk ekonomi, pergerakan dan sebagainya.

“Tetapi dengan adanya vaksin pada hari ini kalau dari segi ekonomi makanya, kita tidak perlu lagi lockdown (sekatan pergerakan) dan tiada alasan lagi untuk kerajaan melaksanakannya,” kata beliau.

Madeline berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Setahun Malaysia Prihatin (Ekonomi, Politik dan Perundangan)’ di sini, malam tadi.

Beliau berkata, meskipun negara mempunyai vaksin, apa yang penting adalah rakyat harus kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga diri bagi membantu mengekang penularan jangkitan Covid-19 secara optimum.


Sementara itu, berhubung keprihatinan kerajaan sepanjang setahun mentadbir negara, Penganalisis Politik dan Perundangan, Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan selama ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesengsaraan rakyat khususnya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Sebenarnya pada saya secara peribadi, tidak boleh untuk bandingkan kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelum ini kerana dalam sejarah Malaysia, ini kali pertama sebuah kerajaan dibina pada masa sama mendapat cabaran paling hebat dengan isu Covid-19 sekali gus perlu urus tadbir negara dengan baik, kebajikan rakyat, ekonomi dan sebagainya.

“Ini perlukan fokus amat hebat dan perlukan bantuan dan sokongan semua pihak tidak kira pembangkang atau kerajaan, jabatan kerajaan atau swasta… kerajaan ini memang digelar kerajaan prihatin kerana banyak program dan agenda dilaksanakan kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos pada Ahad lalu. – BERNAMA

Kategori