Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Budak Bunuh Suami Guna...

KANO - Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan...

Perancang Utama Penipuan Pakej...

KUANTAN - Polis menahan perancang utama kes penipuan tawaran pakej umrah membabitkan 21...

APMM Kedah Patah Cubaan...

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup...

Polis Tumpas Sindiket Pil...

ALOR GAJAH - Polis menumpaskan sindiket pil ekstasi selepas merampas sebanyak 285.6 kilogram...

Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri

NEW DELHI – Sebahagian hidung seorang wanita putus selepas digigit suaminya yang berang kerana dia enggan melunaskan wang hantaran atau pulang ke pangkuan lelaki itu selepas mereka berpisah sejak setahun lalu.

Raj Kumari, 21, diserang suaminya Shiv Prasad, 23, ketika berjalan untuk menghadiri kelas pada Selasa lalu.

Prasad tiba-tiba menerpanya dari belakang dan menggigit hidungnya.

Pasangan itu berkahwin dua tahun lepas tetapi berpisah kira-kira setahun lalu sebelum Kumari tinggal semula bersama ibu bapanya di Lakhimpur Kheri, utara India.

Bagaimanapun, Shiv masih menuntut supaya keluarga isterinya membayar wang hantaran yang berjumlah 149,000 rupee (kira-kira RM9,400) dan sebuah motosikal.

“Suami dan mentua sering mendera saya sejak hari pertama perkahwinan kerana mendesak saya membayar wang hantaran yang dijanjikan.

“Namun jumlah diminta terlalu tinggi.

“Lebih teruk lagi, dia turut menuntut motosikal mewah yang tidak mampu disediakan keluarga saya.

“Disebabkan tidak tahan didera saya pulang ke rumah ibu bapa dan kembali belajar.

“Saya enggan tinggal bersamanya lagi kerana mahu memfokuskan terhadap pelajaran,” katanya.


Menurut mangsa, dia diserang ketika berjalan ke kelas pada Selasa lalu tetapi Shiv terus melarikan diri selepas menggigit hidungnya.

Dia kemudian menghubungi keluarga yang membawanya ke klinik.

Pegawai Perubatan Kecemasan Dr Surjit Kumar Singh berkata: “Sebahagian hidung mangsa putus dan dia perlu menjalani pemeriksaan pakar Telinga, Hidung dan Tekak sebaik pulih.

“Malangnya, kerosakan pada hidungnya tidak dapat dibaiki dan wajahnya akan cacat melainkan mampu menjalani pembedahan plastik.

“Tetapi pembedahan seperti itu amat mahal.”

Jurucakap polis, Inspektor Ashok Kumar Singh berkata, Shiv ditahan di rumahnya pada hari sama. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori