Denda Naik 5K? Oh Tidak

UNTUK tokey-tokey 🐽, 5k takda erti apa.

5K untuk pemandu yang ditahan mabuk ketika operasi mungkin sesuai. Namun, perlu ada jugak hukuman bersama seperti sebat atau penjara mandatori.

Mana-mana yang sebabkan kemalangan yang menyebabkan kematian, harus dihukuman gantung.

Kalau kecederaan pastikan penjara selama yang boleh dan hukuman sebat.

Tidak boleh ada kompromi langsung.

Ini kerana mereka sebelum minum pasti sedar jika memandu dalam keadaan mabuk boleh mengundang kemalangan dan kematian.

Baca: Bagi Perhatian Pada Pemandu Mabuk Terlebih Dahulu!

Sekarang mereka berani buat kerana yakin hukuman yang dikenakan adalah ringan.

Itu hukuman berat yang kami mahukan. Bukan bagi naik denda kepada 5K apa semua.

Hukuman sebat dan penjara seumur hidup juga wajib diperkenalkan.

Barulah akan ada takut untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tindakan bodoh kerajaan PH yang membenarkan minum todi/arak di khalayak umum harus segera dihentikan.

Tumpu kepada pencegahan dan cara hendak mengawal pemandu mabuk yang semakin membarah dalam masyarakat. – Mynewshub.TV

Loading...