Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Mohon RM3 Bilion, Hanya...

KUALA LUMPUR - Saksi ke-28 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi bahawa...

Dengan Geely, Proton Dapat...

KUALA LUMPUR - Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan oleh pengeluar kereta...

Kes Rasuah Penjawat Awam...

KOTA KINABALU : Kes rasuah membabitkan penjawat awam di Sabah mencatatkan penurunan 87...

Mangsa Pernah Kerja Di...

PUTRAJAYA – Pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang empat kenderaan miliknya...

Denda Kilang Ingkar Kembali RM1,000 Selepas Darurat

KUALA LUMPUR – Hukuman denda bagi syarikat dan kilang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan kembali kepada RM1,000 berbanding RM50,000 seperti yang ditetapkan mengikut mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan Ordinan Darurat yang bakal berakhir pada 1 Ogos ini dan denda terhadap syarikat serta kilang kembali kepada RM1,000 seperi asak, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Setakat ini denda masih RM50,000 dan hanya Ordinan Darurat boleh membuat perubahan dari segi meningkatkan hukuman.

“Kalau ikut Akta 342, denda dikenakan cuma RM1,000 namun bila isytiharkan darurat kita buat pindaan kepada RM50,000.

“Itupun masih ramai berpandangan ia tidak mencukupi. Bagaimanapun, darurat akan tamat 1 Ogos ini, bermakna denda kembali kepada RM1,000 mengikut Akta 342,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang mahu denda dikenakan kepada kilang yang melanggar SOP dinaikkan berbanding RM50,000 kini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, mengakui denda RM1,000 tidak berupaya menakutkan syarikat atau kilang supaya mematuhi SOP.

“Sebelum darurat, pub dan kelab malam yang tidak dibenarkan beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didapati masih dibuka kerana menganggap nilai RM1,000 terlalu kecil berbanding keuntungan diperoleh setiap malam,” katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan program MINDEF (Kementerian Pertahanan) Prihatin bagi membantu meringankan beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.


Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan daripada anak syarikat Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatkan di masjid untuk kegunaan golongan terjejas.

“Program ini kita luaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesusahan.

“Pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program Jiwa Murni dan kita sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti itu akan meneruskan pendekatan turun padang mendekati golongan muda bagi memastikan aspirasi mereka diutamakan dan kekal bersama parti itu.

“Kita kena sealiran dengan pemikiran mereka, malah sejak dulu Barisan Nasional (BN) dan UMNO buat pendekatan secara terus terhadap golongan muda bagi memahami aspirasi mereka,” katanya.

Mengenai perkembangan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun, beliau berkata, ia belum selesai di peringkat Perlembagaan Persekutuan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengikut rekod SPR, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah 5.6 juta orang dengan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun. – BH Online

Kategori