Demonstrasi 5G Diperluas Ke Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan percubaan projek 5G akan diluaskan ke seluruh negara bermula bulan depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Projek demonstrasi 5G itu telah dilancarkan di Putrajaya dan Cyberjaya pada April lalu.

“Saya berharap komitmen awal Malaysia terhadap 5G dengan melakukan ujian percubaan dan demonstrasi ke seluruh negara akan meletakkan negara sebagai salah satu peneraju dalam penggunaan 5G di dunia,” katanya di sini hari ini.

Tambah Gobind, bagi meningkatkan keyakinan rakyat dalam aktiviti ekonomi digital dan memantapkan keselamatan pengguna internet, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan kajian mengenai ID Digital Nasional.

“Kajian ini akan mengenal pasti rangka kerja yang sesuai dalam melaksanakan ID Digital Nasional dan diharapkan inisiatif tersebut mampu melindungi data peribadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan dalam talian,” katanya.

Menurut Gobind, langkah tersebut penting bagi meningkatkan kepercayaan rakyat ketika melakukan transaksi dalam talian.

Ini juga memastikan kaedah pengesahan identiti adalah terkini, selamat dan melindungi privasi pelanggan.

Loading...