Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amuk Kambing Tersangkut Di...

PULAK DAH... Seorang wanita nyaris disondol seekor kambing jantan ketika sedang ambil barang...

Thailand Rancang Pinjam RM2.5...

BANGKOK – Pejabat Dana Bahan Api Thailand merancang meminjam 20 bilion baht (RM2.5...

Kenyataan Kontroversi Tidak Gugat...

PASIR SALAK - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin...

Ibu Bapa, Guru Perlu...

SEREMBAN - Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku...

Demokrasi Sebenar Nampak Dalam Pemilihan UMNO

SELEPAS 30 tahun, demokrasi sebenar dalam UMNO dapat dilihat melalui pemilihan UMNO kali ini yang mempertandingkan semua jawatan tertinggi.

Lapor Berita Harian, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan ini jelas membuktikan kehendak akar umbi didengar dan diketengahkan selepas sekian lama tiada pertandingan.

“Saya berasakan bahawa demokrasi tulen telah diterjemahkan sepenuhnya dalam UMNO, yang mana sejak 1988 tidak ada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Apabila saya dengar suara akar umbi dan bawa kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk buka semua jawatan untuk dipertandingkan, jelas kemeriahan dalam pertandingan ini dapat dirasakan.

“Ia di bahagian akar umbi hingga ke peringkat nasional. Tentunya kita juga tidak harus lagi menangguhkan pemilihan yang berlangsung setiap tiga tahun sekali.

“Ini dalam proses untuk menterjemahkan demokrasi, biar pun piagam dan perlembagaan parti kita mengizinkannya (pemilihan jawatan parti),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran langsung dalam Program Debat Presiden dari Kompleks UMNO Bagan Datuk menerusi saluran Astro Awani, Bagan Datuk, Perak malam tadi.

Turut hadir sebagai pendebat dalam program itu dua lagi calon Presiden UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin yang bersiaran dari Studio Astro Awani di Kuala Lumpur.

Selain itu, Ahmad Zahid berharap melalui kaedah tidak menyekat sebarang pertandingan dapat membantu merakyatkan semula UMNO.


Secara tidak langsung, ia akan membuka peluang kepada golongan profesional Melayu dan Bumiputera untuk terbabit secara langsung dalam menentukan dasar dan membuat keputusan dalam parti itu.

“Pada hemat saya, kita harus lihat tidak ada lagi hulubalang politik atau ‘warlord‘ yang cuba sekat ahli baharu masuk ke cawangan dan kepemimpinan bahagian yang cuba melakukan sesuatu supaya mereka tak ditandingi dan dicabar (di peringkat bahagian).

“Kita perlu keluar dari kepompong dan melalui 15 manifesto yang sudah saya bentangkan, saya yakin jika diberikan mandat, saya tidak akan statik dan jumud,” ujarnya.

Debat yang berlansung malam tadi disifatkan Ahmad Zahid lebih sesuai dipanggil wacana kerana ia lebih kepada percambahan minda dan perkongsian pandangan.

“Saya fikir untuk disesuaikan dengan cita rasa Malaysia, pengisiannya boleh diikuti tetapi tajuk debat itu memberikan konotasi dan persepsi yang berbeza seolah-olah kita mahu mengasak minda dengan perbezaan pendapat dan sebagainya,” jelasnya. – Mynewshub.tv

Kategori