Demi Negara, Warga Belarus Telanjang Semasa Bekerja

MINSK – Warga Belarus, sebuah negara kecil Eropah yang merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 1990 masih lagi mempunyai ‘selera’ humor untuk mengkritik kerajaannya waima bertindak di luar jangkaan banyak pihak.

Ketika Presiden Alyaksandr Lukashenko mendesak rakyat Belarus untuk menanggalkan pakaian dan bekerja sehingga berpeluh, tentu beliau sebenarnyamengharapkan penduduk negara itu agar lebih bekerja keras.

Namun, mesej itu dianggap lain apabila puluhan orang mula mengambil gambar di tempat kerja mereka tanpa pakaian. Netizen Belarus malah memuat naik banyak gambar di media sosial menerusi #telanjangdanbekerja.

Bahkan menurut mereka, tindakan unik itu dilakukan secara sukarela oleh kebanyakan warga Belarus berpunca akibat keadaan semasa yang berlaku di negara tersebut sendiri.

Belarus sedang mengalami kemerosotan ekonomi paling teruk dalam beberapa dekad terakhir. Republik berkenaan yang kini bersempadan lima buah negara dahulunya pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.

Nilai mata wang ruble baharu Belarus yang berkuat kuasa 1 Julai lalu teruk menjunam dan angka pengangguran pula meningkat, justeru apakah yang boleh dilakukan selain daripada perlu bekerja lebih keras?

Demi Negara, Warga Belarus Telanjang Semasa Bekerja

Beberapa hari selepas ucapan presiden itu, sejumlah penduduk Belarus menjawab ‘tawaran’ tersebut yang mungkin dinanti-nantikan oleh Lukashenko iaitu presiden yang sering disebut sebagai Batska oleh rakyatnya sendiri.

Demi Negara, Warga Belarus Telanjang Semasa Bekerja

Tetapi bukan hanya gambar, malah sebahagian mereka juga ada yang menyanyi dan memuat naik video lucu tentang mesej presiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...