Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembinaan Fasa Pertama Pan...

KOTA KINABALU - Kerja pembinaan fasa pertama Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, yang...

Agong Kurnia 194 Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Tempoh 28 Hari Tahanan...

KUALA LUMPUR - Tempoh penahanan maksimum 28 hari dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah...

Belanjawan Pertama PH Demi...

KUALA LUMPUR – Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini...

Demi Cucu, Nenek Terpaksa Menyusu Semula

DEMI kerana cucu yang hampir kebuluran, seorang nenek, Aisha Modu terpaksa menyusukan bayi berusia 40 hari itu walaupun usianya sudah tua, dalam lingkungan 50-an.

Anak perempuan Aisha yang juga ibu bayi itu telah meninggal dunia beberapa bulan lalu manakala menantunya pula telah ditangkap oleh pemberontak di Nigeria. Dia tiada pilihan dan terpaksa membawa bayi itu ke kem pelarian.

Aisha yang kini berada di Save The Children klinik, terpaksa meminta bantuan doktor untuk membantunya menghasilkan susu badan, selepas berdekad tidak melakukannya.

Disebabkan Aisha tiada wang untuk membeli susu, maka salah satu cara untuk memastikan bayi itu hidup adalah dengan memberinya susu badan, apatah lagi ketika itu berat bayi perempuan tersebut telah menurun kepada 1.9kg.

“Saya sangat tua dan cuba melarikan diri dengan mengikut sekumpulan lelaki namun mereka telah ditangkap oleh pemberontak. Mereka telah menyembelih lelaki terbabit di hadapan saya,’’ katanya.

Mujurlah ada doktor Isaac Bot yang membantunya ketika di klinik dengan mengajar Aisha menggunakan Teknik Menyusu Tambahan. Apabila bayi menghisap susu, ia akan menghantar isyarat ke otak Aisha untuk menghasilkan susu.


“Ketika Aisha datang ke klinik ini bersama cucunya, dia sangat keliru dan takut, kerana dia berasal dari tempat terpencil dan tidak biasa dengan hospital.

“Dia menangis ketika menceritakan mengenai nasib cucunya yang kebuluran itu dan kami cuba membantu sebaik mungkin,’’ kata Dr Isaac. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • nenek

Kategori