Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Tiada Majlis Besar, Akad...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish memberitahu tiada sebarang majlis besar-besaran untuk meraikan...

Pemandu Maut, Lori Terjatuh...

BINTULU - Seorang pemandu maut apabila lori tangki minyak sawit dipandunya hilang kawalan...

Dedah Wajah Anak, Jep...

PASANGAN, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nampaknya tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan...

Bertumbuk Kerana Pokemon GO

SINGAPURA - Pokemon GO punya pasal, dua lelaki ditahan polis kerana bergaduh, penahanan pertama...

Demi Agama, TV Brunei Tidak Terbit Program Kuiz

BANDAR SERI BEGAWAN – Meskipun dianggap antara negara terkaya di dunia, namun ia tiada rancangan kuiz berbentuk permainan disiarkan menerusi stesen televisyen Brunei akhir-akhir ini.

Perkara itu mungkin kurang disedari penonton dari negara jiran khasnya Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak yang dapat mengikuti dengan jelas lima saluran televisyen teresterial dipancarkan secara digital sejak tahun lepas.

Bagaimanapun, bagi penduduk tempatan yang turut dapat menonton sembilan saluran televisyen percuma secara digital dari Malaysia, ketiadaan program bercorak candawara tersebut mencetuskan banyak persoalan menarik.

Ia turut jadi bahan perbualan dalam kalangan netizen di Brunei apabila ada segelintir pengguna media sosial ‘nakal’ membuat andaian konon perkara itu disebabkan pemotongan bajet kerajaan secara besar-besaran setahun lalu.

Susulan tular isu tersebut diperkatakan, pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) dimiliki kerajaan negara kecil itu tampil menjawab dalam sebuah akhbar harian baru-baru ini bagi menjelaskan situasi sebenar keadaan berkenaan.

Menerusi kenyataan disiarkan di halaman Opinion dalam akhbar Borneo Bulletin, Bahagian Perhubungan Korporat stesen penyiaran awam itu memaklumkan ketiadaan program yang berbentuk candawara bukan dibuat tanpa sebab.

Baca: Brunei Mansuh Siaran Analog, Kini Digital Penuh

Sebaliknya, berdasarkan kajian tinjauan bersepadu pernah dijalankan RTB sendiri, majoriti besar rakyat Brunei lebih meminati rancangan yang berunsurkan keagamaan, selain pelbagai program pendidikan, drama dan animasi.


Sambil menghargai sokongan peminat setia selain pengiklan, pihak RTB juga ambil kira aspek penajaan kerana rancangan bercorak permainan kuiz sedemikian lazimnya memerlukan banyak sumbangan hadiah untuk peserta.

Justeru program seumpama itu tidak diberi keutamaan tetapi boleh dipertimbang semula jika ada pihak sedia buat penajaan besar serta kandungannya mesti sejajar dengan matlamat RTB iaitu memaklum, mendidik dan menghibur.

RTB yang beroperasi sejak 1975 pada ketika ini memiliki lima saluran televisyen iaitu RTB Perdana, RTB Aneka, RTB3 HD, selain siaran antarabangsa RTB Sukmaindera dan RTB5 khusus dengan program berunsurkan Islam.

Ia turut memiliki lima saluran radio tempatan iaitu Nasional FM, Pilihan FM, Pelangi FM, Harmoni FM dan Nur Islam Network. Siaran RTB ini juga dapat diikuti jelas di sebahagian Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, penduduk Brunei boleh melanggan siaran berbayar Kristal Astro dilancarkan sejak tahun 2000, selain beberapa saluran televisyen teresterial dari Indonesia menerusi alat penerima digital. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori