Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Minyak Naik: Pemuda MIC...

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi minyak berikutan kenaikan harga petrol...

Pencuri Dibogel Orang Kampung.....

Bertindak melulu dan melebihi batasan, beberapa individu di sebuah kampung di Bachok, Kelantan...

Tambang E-hailing Naik: Penumpang...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan penumpang...

Pemasangan 8,000 Lampu Jalan...

SUNGAI PETANI - Pemasangan 8,000 unit lampu jalan kampung di 15 kawasan Parlimen...

Delimawati Tak Tolak Sekuel ‘HKL’ Kalau Bayaran Baloi

PETALING JAYA – Pelakon Delimawati tidak menolak tawaran melakonkan watak Kak Limah dalam sekuel filem Hantu Kak Limah seterusnya jika bayaran dikenakan itu benar-benar berbaloi.

Delimawati, 60, berkata, bayaran dan bonus tersebut seharusnya setimpal dengan penat lelah mereka sebagai pelakon.

“Kalau produksi sama yang hasilkan sambungan filem ini, saya akan tengok kepada bayaran. Bukan saya nak letak harga tinggi, tetapi ini sajalah periuk nasi saya.

“Bukan saja pelakon lain yang tidak berpuas hati dengan bayaran bonus, saya pun terasa. Saya tak puas hati sebab sudahlah bayaran sikit, bonus pun tak seberapa,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Delimawati ditemui pada sidang media pementasan teater muzikal Hantu Kak Limah di Ara Damansara di sini pada Khamis.

Dia mengulas mengenai isu bayaran bonus filem Hantu Kak Limah yang membuatkan ramai pelakon utama filem berkenaan tidak berpuas hati.

Filem berkenaan mengutip lebih RM32.5 juta sejak ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Delimawati mengakui impak filem berkenaan membawa namanya dikenali semula dalam industri lakonan.

“Alhamdulillah, selepas keluar filem ini orang ingat balik dan panggil saya berlakon drama. Saya tidak terlalu berkira tentang bayaran kerana yang penting kesinambungan hidup, banyak yang nak kena bayar setiap bulan.


“Bukan nak banyak sangat (bonus) tetapi biarlah berbaloi dengan kerja keras dan usaha kita. Kalau produksi lain yang buat sambungan, saya akan terima dengan bayaran yang setimpal,” katanya.

Bercakap mengenai pementasan teater tersebut yang akan dipentaskan di taman tema Filem Animasi Park Studio (MAPS), Perak pada 24 hingga 31 Disember depan Delimawati berkata, ia merupakan lakonan teater pertamanya sepanjang bergelar pelakon.

“Saya tidak pernah berlakon teater apatah lagi muzikal tapi saya anggap ia sebagai cabaran buat peminat-peminat Hantu Kak Limah.

“Selama 30 tahun sebagai pelakon ini kali pertama saya dapat tawaran berlakon teater. Saya akan cuba buat yang terbaik,” ujarnya. – mStar Online

Kategori