Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Gantung Import Lembu,...

PUTRAJAYA - Malaysia menggantung serta-merta pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand selepas menilai...

Ya Allah, KepadaMu Ku...

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan...

Tengku Permaisuri Selangor Sertai...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyertai...

Jong-Un Arah Makanan Enak...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mahu anggota tentera diberi makanan lebih...

Delegasi Brunei Tertarik Masakan, Budaya Terengganu

SETIU – “Terasa bagai nak menitis air mata apabila melihat sambutan mesra penduduk kampung sejurus sahaja kami tiba di Kampung Fikri, hari ini, meskipun kami adalah orang luar,” kata Muslim Salleh, 60.

Beliau dan 12 anggota rombongan yang lain merupakan peserta Program Pertukaran Pegawai Penerangan, Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung (MPMK) Brunei Darussalam ke Terengganu Darul Iman.

Muslim berkata selama dua hari berada di negeri ini beliau merasakan seolah-olah dirinya tidak berada di negara asing malahan mula jatuh cinta dengan budaya, makanan dan cara hidup masyarakat di sini yang tidak jauh berbeza berbanding Brunei.

“Sepanjang dua hari di Terengganu (bermula semalam) saya mula suka dengan budaya dan makanan negeri ini terutamanya keropok lekor, nasi dagang, nasi ulam dan kuih muih tradisional seperti akok dan kuih nganan.

“Kami juga berpeluang melawat beberapa lokasi pelancongan di Terengganu dan sempat berkunjung ke Pasar Payang yang terkenal sebagai pusat jualan barangan tradisional yang mana sebelum ini kami hanya melihat di kaca televisyen sahaja,” katanya kepada Bernama pada program berkenaan di Muafakat Komuniti Malaysia Kampung Fikri, Setiu di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Penerangan Ketua Unit Kenegaraan Brunei Darussalam, Dayang Hamsah Datu Kerna Jaya dan Pengarah Penerangan Negeri Terengganu Suwadi Guliling.

Sementara itu, seorang lagi anggota rombongan itu, Dayang Siti Mazfaizura Maikal berkata beliau tertarik dengan beberapa destinasi pelancongan dan seni bina bangunan di Terengganu.


“Semalam saya berpeluang berkunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI) dan sangat teruja apabila dapat melihat banyak monumen-monumen seni bina islam dari seluruh dunia dipamerkan di negeri ini.

“Saya rasa sangat teruja apabila berpeluang menjejak kaki ke sana dan berharap dapat datang kembali pada masa akan datang bersama keluarga,” katanya.

Program Pertukaran Pegawai Penerangan, Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Negara Brunei Darussalam ke Malaysia itu merupakan program pertukaran pegawai hasil daripada Memorandum Persefahaman (MoU) sejak tahun 1992 antara Jabatan Penerangan Malaysia dan Brunei.

Sebelum ini, anggota rombongan itu berada di Pahang selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu lalu dan berada di Terengganu sejak semalam hingga esok. – BERNAMA

Kategori