Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Tujuh kluster baharu penularan Covid-19 dikenal pasti, hari ini membabitkan...

Bubur Anak Lebah Warisan...

IPOH - Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan...

Pembangkang Berusaha Bunuh Karakter...

KUALA LUMPUR - Segala usaha dan percubaan pembangkang memfitnah dan membunuh karakter Perdana...

Tempahan Awal Tak Bermakna...

PEMBELI kereta yang mahu ambil kesempatan tempoh cuti cukai sebelum cukai Jualan dan...

DeFam Sah Ganti Altimet Pada Final AJL 33

GANTI… Penyanyi berkumpulan wanita popular DeFam jadi artis yang akan ganti Altimet bagi lagu Bunga yang layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada 3 Februari depan.

Penggantian itu berlaku berikutan keputusan diambil Altimet untuk bersara daripada menjadi seorang penyanyi seiring usianya yang secara kebetulan sudah genap menjengah 40 tahun pada November tahun lalu.

Menurut DeFam, pemilihan mereka sebagai penyanyi gantian dibuat sendiri oleh Altimet sekitar hujung tahun lalu dan mereka mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh beliau sendiri.

“Seperti yang kami tahu, Altimet sendiri yang memilih kami untuk membawakan lagu Bunga kerana katanya, tiada mana-mana artis yang didapati boleh membawakan lagu itu selain daripada DeFam.

“Sejujurnya perasaan kami bercampur baur antara teruja dan gementar sebab ia merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul di bahu kami. Tambahan pula AJL adalah pentas yang sangat besar,

“Jadi ia bukan satu kerja yang mudah,” ujar DeFam ketika ditemui media pada sesi temu bual khas di Hotel Empire, Subang, Selangor semalam sambil akui lagu Bunga beri cabaran tersendiri kepada mereka.


Ini kerana mereka bukanlah penyanyi rap, namun DeFam tetap janjikan kelainan menerusi persembahan pada malam penentuan yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Kompleks Sukan Bukit Jalil, di ibu negara.

Selain Bunga yang merupakan ciptaan Omar K, John Jeevasingam dan Altimet sendiri, pentas AJL33 turut membariskan 11 lagi finalis iaitu Sampai Bila (Misha Omar), Semakin (Siti Sarah), Luluh (Khai Bahar).

Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer), Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Hajat (Hael Husaini), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli dan Aman RA), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), Kau Pun Sama (Syamel) dan Bunga (Ara Johari). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori