Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Ikan Ini Suka...

Kisah pelik ini pasti menjadi menjadi igauan paling ngeri pada kaum Adam.Jika ikan...

Gaduh Di Stesen Minyak:...

PIHAK polis akan menyiasat insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan wanita dan pemandu teksi di...

Rampas RM40 Juta Hasil...

KUALA LUMPUR - Dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 360 Devan dan Geng...

Penurunan Harga Cukai Jalan...

KUALA LUMPUR : Sebarang keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan akan memberi impak...

Dedikasi Lagu Laskar Pelangi Buat Mangsa Kebakaran

PERSEMBAHANNYA yang memukau sewaktu Konsert AF Megastar Homecoming telah melayakkan Amir Jahari menjadi peserta Akademi Fantasia Megastar musim ini.

Amir Jahari akan mendendangkan lagu Laskar Pelangi dari kumpulan Nidji bagi konsert ketiga Konsert AF Megastar 2017.

Menerusi laman Facebooknya, Amir memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat 23 mangsa yang telah terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Khamis lalu.

“Saya dedikasikan lagu Laskar Pelangi ini khusus buat 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT.

“Juga buat keluarga dan yang tersayang mereka yang terpaksa melalui saat-saat sukar sebegini. Semoga doa kami dapat meringankan beban di hati mereka,” tulisnya.

Dengan tema ‘meraikan cinta dan kehidupan’, penyanyi lagu Aku Juga Manusia ini juga menujukan lagu tersebut kepada kesemua atlet Malaysia untuk Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan membuka tirainya pada malam ini.


Dengar-dengarnya bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 ini juga akan membawa para penonton menyelusuri negeri kelahirannya iaitu Sarawak dalam persembahan yang akan diadakan.

Persembahan pada malam ini akan menampilkan 11 bintang lain yang bakal bertarung mendendangkan lagu pilihan masing-masing. Antaranya ialah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Sufi, Adira, Shahir, Amir, Azhar dan Ewal.

Dalam pada itu, Amir turut menyeru peminat-peminat muzik tanah air untuk mengundi mereka yang bertanding kerana 40 peratus daripada markah adalah daripada hasil undian penonton.

Manakala 60 peratus lagi terletak di tangan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat selain juri jemputan mingguan.

Kalau nak tengok bagaimana lagu Laskar Pelangi didendangkan dalam versi yang baharu,  jangan lupa saksikan Konsert AF Megastar sebentar lagi! – MYNEWSHUB.CC

Kategori