Debat Perdana; Anwar Gagal Serang Peribadi Najib

163

Ramai penganalisis pro-Pakatan Harapan (PH) berpandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak buat “homework” sebab itu tewas teruk dalam Debat Perdana kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagi penulis Anwar bukan tidak membuat “homework”. Itu cuma alasan untuk mengurangkan impak buruk terhadap Anwar dan PH akibat kekalahan debat yang memalukan.

Sebaliknya Anwar memang tiada keupayaan untuk menyangkal segala fakta dan data dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Najib menyatakan kebenaran.

Hujah Anwar dalam isu Sapura Energy cumalah menuduh berlaku rasuah, kebobrokan maka audit forensik perlu dilakukan untuk mengesan dan menghukum mereka yang salah.

Najib secara jelas menyatakan beliau bersetuju tindakan diambil jika tuduhan itu benar walaupun masih berpendapat masalah dialami Sapura Energy disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dalam tempoh 7 tahun.

Bagaimanapun perkara yang lebih penting bagi Najib adalah Sapura Energy mesti diselamatkan daripada muflis kerana ia telah dijadikan sebagai milik kerajaan semasa PH mentadbir negara.

Penekanan Najib adalah tentang pulangannya kepada ekonomi negara, manfaatnya kepada rakyat dan juga menyelamatkan pekerjaan lebih 10,000 rakyat dan lebih 3,000 vendor anak tempatan di Sapura Energy.


Anwar bagaimanapun dilihat kurang berminat untuk berbicara mengenai nasib lebih 10,000 pekerja dan lebih 3,000 vendor anak tempatan di Sapura Energy.

Beliau kelihatan lebih ghairah untuk mengambil kesempatan melakukan serangan peribadi terhadap Najib dalam isu Sapura Energy termasuk mengungkit tentang kes 1MDB.

Malah sehingga ke tahap Anwar mempergunakan nama ayahanda Najib, Tun Razak dalam hujahnya untuk membantah pandangan Najib, namun Najib kelihatan amat tenang berdepan provokasi itu.

Dengan demikian lebih 10,000 pekerja dan lebih 3,000 vendor anak tempatan di Sapura Energy perlu mula menginsafi antara pemimpin yang mengambil berat nasib mereka dan pemimpin yang lebih mengutamakan politik.

Lebih 10,000 pekerja dan lebih 3,000 vendor anak tempatan di Sapura Energy serta seluruh ahli keluarga mereka perlu bijak memilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak.

-Mynewshub