Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Sebar Fitnah Isu...

KUALA LUMPUR - Orang awam dinasihat tidak menyebarkan dan membuat kenyataan berbaur fitnah...

Kebakaran Belukar Di Australia...

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia menggesa suku juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan...

Kilang Sorok Minyak Masak...

Seremban : Sebuah kilang memproses makanan di Sikamat, di sini, dikesan mengambil kesempatan...

Kejam! Mulut Kucing Hancur...

Pencinta kucing pasti mengalirkan air mata dan tidak sanggup menatap lama gambar di...

‘Deadpool’ Disangka Militan Ditahan Polis

GARA-GARA memakai kostum watak adiwira Deadpool di khalayak ramai, unit polis antikeganasan telah menyerbu dan menahan individu berkenaan yang disangka militan.

Lapor mStar, dua orang peminat watak adiwira, Deadpool di Switzerland telah mengenakan kostum lengkap hero tersebut beserta replika senjatanya.

Alessandro Botta bersama rakannya, Christian mengenakan pakaian tersebut ketika mereka dalam perjalanan menonton tayangan perdana filem Deadpool 2 pada awal minggu lalu.

Polis di Lugano pada asalnya menyangka mereka adalah penyerang ganas kerana berpakaian sedemikian termasuk menutup wajah di tempat awam yang dilarang undang-undang di negara tersebut.

Menurut Botta, mereka yang lengkap berpakaian tersebut berasa pelik apabila ditahan pihak berkuasa secara tiba-tiba.

“Christian turut membawa replika senjata api. Kami dikepung polis ketika melalui jalan di kawasan tersebut.


“Kami digari sebelum pihak berkuasa menyedari kesilapan mereka. Kesemua anggota polis terbabit hanya ketawa selepas mengetahui hal sebenar,” katanya.

Mereka telah dibebaskan oleh polis berkenaan dan berkesempatan menonton filem yang diminati itu.

Bagaimanapun, mereka perlu membayar denda ekoran kesalahan memakai topeng di tempat awam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori