Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penetapan Hukum, Fatwa Perlu...

PUTRAJAYA - Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira...

Keselamatan Sekolah Pondok: Terengganu...

MARANG - Kerajaan Terengganu sedia memberi bantuan dan peruntukan kepada mana-mana sekolah pondok...

Kerajaan Selangor Kata Walaupun...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor menegaskan walaupun Islam agama rasmi Malaysia tetapi ia...

Sistem AIS Mudahkan Aktiviti...

KUALA LUMPUR - Pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) ke atas pukat tunda kelas...

DBKL Benar Himpunan RUU 355 Di Padang Merbok

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan Padang Merbok di sini sebagai tempat program Himpunan RUU 355 anjuran PAS berlangsung pada 18 Februari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, berkata pihak DBKL tiada masalah berhubung permohonan pihak penganjur perhimpunan berkenaan untuk menggunakan Padang Merbok.

Kata beliau lagi, kawasan padang tersebut boleh dijadikan sebagai tempat berhimpun untuk ramai peserta dengan syarat penganjur sedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Persetujuan itu diberikan oleh DBKL kerana (stadium) Taman Tasik Titiwangsa kini secara kebetulan terbabit dengan kerja menaik taraf untuk projek ‘River of Life’ atau Sungai Nadi Kehidupan yang meliputi pakej kedua.

“Ini menyebabkan sebarang bentuk aktiviti secara besar-besaran sepanjang tempoh projek tersebut berlangsung adalah tidak dibenarkan,” kata Mhd. Amin Nordin dalam satu kenyataan media di sini pada hari ini.

Keputusan ini berbeza dengan pendirian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bulan lalu bertegas melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Sebaliknya PAS dicadangkan berhimpun di Stadium Titiwangsa. Parti itu namun menggesa DBKL mempertimbang permohonan mereka untuk menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang.

DBKL Benar Himpunan RUU 355 Di Padang Merbok
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz

Ia sebagai tanda sokongan terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Susulan perkembangan terbaharu itu, penganjur himpunan balas ‘Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi’ yang mulanya memilih Padang Merbok berpindah ke Padang Timur berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, pada hari sama.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas itu terkejut dengan keputusan secara mengejut pihak DBKL yang akur memberi kelulusan kepada pihak PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.

“Ia menunjukkan keinginan PAS untuk cetus kekecohan dan menakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU 355 secara aman,” kata ahli NGO itu, Azrul Mohd. Khalib dalam satu kenyataan.

Dilaporkan penganjur Himpunan RUU 355 memohon kepada DBKL melalui surat bertarikh 20 Januari. Pada 4 Disember tahun lalu, Stadium Tasik Titiwangsa dijadikan tempat Perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya.

Manakala Padang Merbok pula pernah digunakan untuk Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Gerakan Baju Merah yang menyaksikan lebih 200,000 peserta berkumpul pada 16 September 2015. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori