‘Dayyan Dapat adik’

KUALA LUMPUR -Penyanyi Black Hanifah menyambut cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan, pada jam 1.56 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 31, pada akaun Instagram. Penyanyi itu memberitahu, isterinya, Naquia Yasirah dan bayi masing-masing sihat.

Pada entri itu, Black memberitahu:

“Dayyan dah dapat adik!,”

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak yang baru dilahirkan ini.”

Penyanyi lagu Teman Pengganti itu turut berkongsi rakaman saat isterinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, disusuli momen indah kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Khaleef Dayyan yang berusia tiga tahun. – BH Online

Loading...