David Teo Tidak Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

SEJAK malam tadi, insiden Datuk David Teo ditampar pelakon Mat Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 menjadi topik paling hangat dibicarakan.

Waima dimalukan sedemikian rupa, penerbit filem terkenal itu menyatakan dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut.

David Teo Tidak Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Menurutnya, dia tidak menyangka Mat Over akan bertindak begitu kerana selama ini dia tidak begitu mengenali pelakon siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja.

“Sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. Namun saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yasin menyatakan dia bertindak sedemikian untuk mengajar David cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...