Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembunuh Bersiri Ditangkap Selepas...

'JACK the Ripper' versi China yang telah membunuh dan menyembelih 11 wanita akhirnya...

Gagal Patuhi Protokol Di...

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan jika ada elemen rasuah berlaku selepas seorang...

31 Negara Sahkan Penyertaan...

LANGKAWI - Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa...

Tips: Cara ‘Ohsem’ Susun...

Mengapalah semasa kami di bangku sekolah dulu tidak pernah memikirkan cara sebegini untuk...

Siti Nurhaliza Jadi Hos Program Bual Bicara Di Astro

SELEPAS kejayaan melibatkan diri dalam bidang pengacara buat pertama kali menerusi program bual bicara ‘Siti’ pada 2010, penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menggalas tugas itu.

Kali ini pula menerusi sebuah program mingguan terbaharu berjudul Inspirasi Taqwa.

Program berbentuk bual bicara itu dilaporkan bakal ditayang setiap hari Rabu menerusi saluran Astro Oasis, pukul 7.30 petang mulai 31 Mei.

Program sempena bulan Ramadan ini bakal mengupas pelbagai isu wanita dan akan menampilkan tokoh-tokoh wanita di Malaysia.

Menurut Ketua Saluran Bahagian Pernigaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, Inspirasi Taqwa merupakan antara 32 program baharu berunsur keagamaan dan hiburan yang disajikan oleh Astro sempena Ramadan.

“Bertemakan ‘Sahabat Muslimah Ramadan’, saluran Islamik ini akan memberi penekanan ke atas pengisian kandungan yang mengangkat martabat wanita dengan memaparkan perjuangan dan pengorbanan mereka.


“Ini termasuk dalam menguruskan kehidupan seharian seperti Oki & Srikandi Al-Quran, Inpsirasi Taqwa Dato’ Siti Nurhaliza dan juga program bual biacara terbaharu Bismilah Ad-Duha,” katanya kepada Astro Gempak.

Ia juga merupakan kali kedua Siti bergalas tugas mengacara. Kali terakhir adalah pada tahun 2012, menerusi program game show ‘Siti Ooo…Som’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori