Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sarawak Tidak Demokrasi...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan Sarawak menghalang Nurul Izzah Anwar memasuki negeri tersebut tanpa...

Pekerja Premis Serbaneka Cedera...

IPOH - Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri...

Pelajar Perlis Di Jordan...

AMMAN, Jordan - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi...

Najib Doakan Kesejahteraan Roh...

KUALA LUMPUR - Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Datuk Seri Tak Mengaku Terima Suapan Lepas 22 Warga China

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan memperdaya seorang individu dan menerima suapan berjumlah RM176,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu.

Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan daripada Lim Seng Chye, 41, sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada jam 11 malam, 22 September 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, dia turut berdepan dua pertuduhan pilihan iaitu dengan curangnya memperdaya mangsa sama dengan mempercayai dia boleh membebaskan 22 warga China itu sehingga mangsa menyerahkan wang berkenaan yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Ia didakwa berlaku di lokasi, masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, rakan kepada Mohammed Al-Faizal membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan sama iaitu menerima suapan dan memperdaya Seng Chye berjumlah RM33,000 sebagai dorongan sama melepaskan 22 warga China tersebut.

Mariam Beevi M Sultan Alaudin, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca secara berasingan.


Kesalahan didakwa dilakukan pada jam 8.17 dan 8.18 malam di sebuah bank di Jalan Tun Perak di sini pada 6 November 2020 yang didakwa mengikut akta dan seksyen sama.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohammed Al Faizal diikat jamin RM50,000, manakala Mariam Beevi sebanyak RM17,000.

Mereka juga dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab sementara tertuduh Mohammed Al Faizal diwakili peguam Manjet Singh manakala Mariam Beevi diwakili peguam Parvinder Singh Doal.

Mahkamah menetapkan 21 April depan sebagai sebutan semula kes.

Minggu lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bagi membantu melepaskan 22 warga China di depoh Imigresen, tahun lalu.

Turut direman dalam hari sama seorang wanita yang bertugas sebagai ‘runner’ kepada Datuk Seri tersebut. – Sinar Harian

Kategori