Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Gambar Pijak Bangkai...

5 JANUARI lalu, gambar seorang lelaki memijak bangkai babi hutan yang tersesat masuk ke...

Di Jepun, Akhbar Boleh...

JEPUN merupakan negara kepada asal-usul pelbagai ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului...

Malaysia-Colombia Setuju Tingkat Hubungan...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Colombia bersetuju meningkatkan hubungan dua hala dan memperluaskan...

Mayat Seorang Remaja Lemas...

JOHOR BAHARU - Mayat seorang daripada dua remaja lelaki yang dipercayai lemas di...

Datuk Mokhtar Hashim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook.

Ahmad Hafiz, yang mewakili keluarga Allahyarham memaklumkan Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada 3.10 pagi.

“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan. Seterusnya mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Hanya lafaz takziah serta doa yang mampu diucapkan dari kejauhan buat ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.


Sementara itu, jenazah disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 12.30 tengah hari tadi.

Mokhtar pernah menjadi Ahli Parlimen Rembau-Tampin apabila memenangi pilihan raya kecil pada 1972 dan turut memenangi pilihan raya umum pada 1974 serta 1978 di Parlimen Tampin.

Allahyarham dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bermula 1972 hingga 1974.

Selain itu, Allahyarham pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (1974-1976); Timbalan Menteri Pertahanan (1976); Timbalan Menteri Luar (1977) serta Menteri Belia dan Sukan (1981-1983). – BH Online

Kategori