Datuk Hattan Hadiri Pengkebumian Dora Shahila Kassim

Penyanyi Datuk Hattan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sepupunya, ketua pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Dora Shahila Kassim yang tersenarai dalam kumpulan pertama jenazah rakyat Malaysia yang dibawa pulang, hari ini.

Jenazah Dora, 47, telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Ismail, Damansara selepas Solat Jumaat.

Allahyarhamah yang merupakan seorang ibu tunggal meninggalkan seorang cahaya mata, Nur Diyana Yazeera, 15, yang merupakan penuntut di Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan.

Dora serta 14 anak kapal yang lain terbunuh dalam insiden paling buruk sejarah penerbangan negara yang turut mengorbankan 283 nyawa penumpang yang terdiri daripada pelbagai kerakyatan dari seluruh dunia. – MYNEWSHUB.MY

hattan1

dora

Oleh: JULIANA JOHAR