Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sekat Kebebasan Media, Najib...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa tindakan kerajaan PH menyekat...

Pantai Pulau Tiga Diwartakan...

KOTA KINABALU - Kawasan pantai Pulau Tiga bakal diwartakan tahun depan bagi memastikan...

17 Maut Dalam Letupan...

BAGHDAD - Dua bom kereta meletup di kawasan majoriti Syiah di sini semalam...

Senyum Dan Tunjuk Isyarat...

TIADA sidang media atau pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu dibuat selepas Majlis Makan...

Datuk Bandar KL Akur Disaman DBKL Kes Parkir

AKUR… Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, mendedahkan beliau sendiri pernah disaman oleh pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia berlaku atas kesalahan trafik pada minggu lalu. Kata beliau, saman tersebut dikeluarkan ketika beliau kebetulan memandu kereta sendiri untuk bertemu saudaranya di sebuah hotel sekitar ibu kota.

“Pada ketika itu pula berlaku hujan lebat, oleh kerana saya mahu cepat, saya ‘parking’ kereta saya di tepi jalan dan di atas garisan kuning. Ketika selesai bertemu saudara dan mahu ambil kereta, saya nampak kereta saya disaman.

“Penguat kuasa DBKL itu sendiri tidak tahu itu kereta saya dan akhirnya saya tetap bayar saman sebanyak RM30,” katanya kepada pemberita ketika wawancara khas ‘100 hari Datuk Bandar’ di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun ujar Nor Hisham, kejadian itu turut mengingatkan beliau dan kakitangan pihak berkuasa tempatan tersebut supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa dalam apa jua keadaan.


“Tiada pengecualian dalam penguatkuasaan, sesiapa yang buat salah mereka tetap akan disaman, macam saya sebagai Datuk Bandar sekali pun turut disaman dan membayar saman seperti mana warga kota lain.

“Saya turut sentiasa mengingatkan kepada kakitangan supaya tegur jika sesiapa membuat sebarang kesilapan, termasuk saya sendiri,” kata Nor Hisham. – BERNAMA

Kategori