Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengundi PD Mohon Isytihar...

KUALA LUMPUR – Seorang pengundi berdaftar di Port Dickson (PD) menfailkan saman pemula...

2 Rakan Dibebas &...

GEORGE TOWN - Dua rakan terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di...

N. Sembilan Catat 1,350...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 1,350 kes penyakit tangan, kaki dan...

Berbusana Melayu Imbau Detik...

MELAKA - Orang ramai di seluruh Malaysia khususnya di Melaka dan golongan generasi...

Didakwa Membunuh, Guna Tangki Gas Untuk Berparti

GARA-GARA nak berseronok dalam satu parti, seorang datuk bandar telah didakwa dengan tuduhan membunuh selepas mengambil satu-satunya tangki oksigen bergerak di pusat kesihatan di bandar Luiziana, di selatan Brazil untuk digunakan dalam parti berkenaan.

Jose Claudio Pol yang merupakan datuk bandar di Luiziana, menggunakan tangki gas tersebut bagi menyedut minuman keras ketika menganjurkan parti sempena tahun baru di rumahnya.

Disebabkan keadaan berkenaan, pada malam yang sama seorang pesakit yang memerlukan oksigen telah meninggal dunia.

Didakwa Membunuh, Guna Tangki Gas Untuk Berparti

Selepas gambar tangki berkenaan tersebar menerusi media sosial, Pol telah digantung tugas namun kini dia telah didakwa membunuh selepas perbuatannya itu menunjukkan dia terbabit dalam kematian pesakit.

Menurut laporan, Pol telah mengarahkan pekerjanya untuk mengambil tangki bergerak itu dan dibawa ke rumahnya.


Beberapa jam kemudian, pada malam yang sama seorang wanita telah dimasukkan ke pusat kesihatan itu selepas mengalami serangan jantung.

Disebabkan kesihatannya semakin teruk, doktor memutuskan untuk memindahkan wanita berkenaan ke hospital lain namun disebabkan tangki oksigen bergerak tiada, dia meninggal dunia selepas mengalami satu lagi serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori