Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Sisa Plastik Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR – Sisa plastik yang didapati tidak boleh dikitar semula dan mencemarkan...

Lelaki Cedera Parah, Terjatuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera parah setelah terjatuh dari menara...

HFMD: 180 Taska, Tadika...

SHAH ALAM - Sebanyak 180 taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak harian ditutup...

Jongkong Emas Bertabur Di...

MOSCOW - Landasan sebuah lapangan terbang di Rusia dipenuhi jongkong emas apabila pintu...

Datuk 12 Cucu Lalok Ditahan Polis

PORT DICKSON – Seorang warga emas berusia 70 tahun antara 45 individu yang ditahan dalam serbuan ‘port dadah’ di ladang sawit di Pasir Panjang, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kesemua suspek lelaki berusia 21 tahun hingga 70 tahun ditahan dalam ‘Ops Sarang’ di ‘port highway’ bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Dalam operasi polis menggunakan pelbagai helah bagi memerangkap mereka yang datang ke kawasan ini dengan hanya menunggang motosikal.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua suspek cuba melarikan diri namun gagal kerana sudah dikepong 15 anggota sejak awal pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil serbuan ini, polis merampas dadah antaranya heroin dan syabu.

“Sebanyak 52 paket lutsinar disyaki heroin anggaran berat 49.61 gram, tiga tiub straw pendek mengandungi heroin anggaran berat 0.65 gram dirampas.

“Polis turut merampas 14 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu anggaran berat 11.55 gram,” katanya.


Aidi Sham berkata, pemeriksaan air kencing terhadap suspek mendapati 44 orang positif morfin dan seorang positif methamphetamine.

“Masyarakat disaran menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah secara berterusan sebagai pencegahan awal dalam membanteras dadah yang juga musuh utama negara.

“Selain remaja ramai yang sudah berusia lanjut masih terbabit dalam penagihan dadah seperti warga emas berusia lebih 70 tahun yang pastinya mengecewakan keluarga,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – BH Online

Kategori