Dato’ Pa Menteri Paling Sibuk?

SEBAGAI pemerhati politik penulis wajib memantau akaun media sosial para pemimpin politik. 

Terutama Facebook, Instagram dan Twitter kerana ia paling banyak digunakan mereka. 

Sama ada pemimpin politik kerajaan, pembangkang, bebas mahupun agak kurang bebas. 

Objektifnya supaya tidak ketinggalan perkembangan semasa politik tanah air. 

Bagi mendapatkan input terkini mahupun yang ‘backdated’ berkenaan isu-isu berbangkit. 

Lagipun ramai ahli politik zaman ini menjawab dan menyatakan pendirian di media sosial. 

Perkara berkaitan urusan rasmi parti mahupun kerajaan diumumkan di media sosial. 

Sebab itu media sosial secara tidak langsung menjadi sumber untuk rakyat menilai ahli politik.

Sebagai contoh semalam penulis meluangkan masa menjenguk akaun Facebook Dato’ Pa. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Tokoh politik berpengalaman yang juga Ahli Parlimen Jeli sejak beberapa penggal yang lalu. 

Ada sesuatu dapat terlihat tentang ahli politik itu daripada akaun media sosialnya. 

Iaitu beliau mungkin antara anggota Kabinet kerajaan yang paling sibuk ketika ini. 

Banyak ‘posting’ tentang beliau mengadakan mesyuarat atau perbincangan secara maya. 

Daripada perihal kementerian, kawasan parlimen sehinggalah berkenaan hal-hal masyarakat. 

Beberapa hari lalu beliau mengadakan perbincangan tentang pembangunan dengan Koridor Pantai Timur.

Sehari sebelum itu beliau bermesyuarat bersama Presiden Google Asia Pacific, Scott Beaumont. 

Membincangkan kerjasama digital memandangkan Google kini terlibat dalam beberapa projek kerajaan. 

Termasuk projek Delima, Digital Educational Learning Initiative Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan. 

Pada hari sama beliau turut mengadakan perbincangan dengan 15 agensi berkaitan EPU. 

Antaranya Petronas, FGV, Ekuinas, Felda, Ecerdc, IRDA NCIA, JPDC, Jabatan Perangkaan, SEDIA, RECODA, MPRC, UKAS dan Pelaburan Hartanah Berhad.

Beliau mengikuti Mesyuarat OPEC dipengerusikan Menteri Petroleum Arab Saudi juga secara maya. 

Selain mendengar taklimat daripada Petronas mengenai pengeluaran dan permintaan minyak dunia.

Sebelum itu berbincang dengan tujuh pensyarah UMK mengenai usaha meningkatkan pendapatan Orang Asli. 

Dan seterusnya begitu banyak ‘posting’ beliau berkenaan mesyuarat secara maya yang beliau hadiri.

Akaun seorang ahli politik lain pula kerap memuat naik kata-kata berunsur ilmiah dan Islamik. 

Seorang lagi ahli politik yang saya ikuti media sosialnya kerap mengulas hal berkaitan sukan. 

Begitulah bagaimana media sosial menampilkan sisi yang tidak ketahui umum mengenai ahli politik. 

Akaun Facebook Dato’ Pa menyebabkan rakyat terfikir beliau antara menteri yang paling rajin di Malaysia. 

Yang lain menampilkan keperibadian masing-masing. 

Maka nasihat saya kepada para ahli politik berhati-hatilah semasa mengunakan media sosial.

Ianya sesuatu yang baik untuk karier politik anda, tetapi ianya juga boleh memusnahkan andai tersilap langkah.

Gunakanlah platform media sosial sebaik-baiknya sebagai salah satu saluran perkhidmatan anda. – Mynewshub.TV