Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Maharaja Lawak Mega 2014...

Yeah, rancangan kegemaran jutaan rakyat Malaysia kini kembali lagi dengan menampilkan banyak pembaharuan,...

Wanita Dihina Akibat Gigi...

LONDON – Selepas melalui penghinaan yang teruk akibat keadaan giginya yang teruk, seorang...

Puas Dimaki, Najib Enggan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas berhubung laporan media...

Bank Rakyat Umum Dividen...

KUALA LUMPUR : Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan...

Dasar Kasut Hitam Kekal, Tak Diubah – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan mengubah dasar pemakaian kasut hitam di sekolah yang diperkenalkan bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik kerana tidak menganggap ia satu isu.

Mahathir berkata, sebagai pemangku menteri pendidikan beliau sebaliknya mahu menumpukan kajian membabitkan kementerian berkenaan.

“Saya telah mendengar taklimat panjang lebar semalam (daripada pihak kementerian).

“Saya sedikit keliru sebab terlalu banyak fakta diberikan kepada saya, jadi sekarang saya sedang mengkajinya.

“Tapi satu perkara yang saya sudah putuskan ialah, kamu boleh pakai kasut coklat, kasut hitam, kasut putih, kasut kelabu… apa-apa kasut pun boleh,” katanya berseloroh disambut gelak ketawa pemimpin kanan PPBM.

Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Al- Bukhary di sini selepas mempengerusikan mesyuarat PPBM hari ini apabila ditanya sama ada beliau akan membuat polisi baru melibatkan pengunaan kasut hitam di sekolah.


Sebelum ini media melaporkan Kementerian Pendidikan kini mendapatkan maklum balas daripada sekolah berhubung pelaksanaan dasar pemakaian kasut dan stoking hitam.

Perkara itu diketahui menerusi satu surat pekeliling bertarikh semalam yang dikeluarkan kementerian berkenaan dan kini tular di media sosial.

Dasar pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2019 sehingga pelaksanaan penuhnya pada 2021 berdasarkan pekeliling kementerian Bilangan 10 tahun 2018.

Bekas menteri pendidikan Maszlee ketika itu berkata, langkah tersebut berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah. – FMT

Kategori